| Party Rocky Tiz Time |

akhirnya budak2 setan nie dtg ke kuala lumpur, hamdan dan sudik. mmg memeningkan nak jaga depa. lari teruk dr budak sekolah. dr smp dah meyusahkan, xtahu naik lrt pastu bleh sesat dlm tbs lak. aduiii mmg pening.

bawa gie klcc ngan time square dah mcm org giler. dah mcm budak2 berlari2 nak main roller coster kat time square. abis kecoh tempat tue. mmg menyesal la naik benatang2 kat situ. smp xjejak bontot.

sudik lak pantang nampak pompuan, abis semua dia ngorat. die kate awek kat kl semua lawa2, susah nak cr xlawa. next time kite kasi gegar lagi kl.

| What Your Numbers? |

birthday yang ke-27 walaupon tiada ape2 sambutan sbb jatuh pada hari rabu. so tunggu weekwnd baru bleh jmp buchuk nak gie celebrate. dapat coklet love special order oleh buchuk. tiz time dpt birthday present iaitu wallet bonia. thanks syg.

bulan nie gak buchuk dpt anugerah pekerja cemerlang (apc) dan dpt mengikuti rombongan percutian ke jakarta-bandung selama 4 hari 3 mlm. naik garuda air walaupon garadu dah kalah ngan harimau muda di sukan sea.

| Smoke Free Or Smoking Free ? |

mungkin antara perkara menarik bg aku bulan lepas ialah terlibat sebagai tetamu "Bengkel Penghasilan Bahan Promosi Melaka Bebas Asap Rokok" betul ke nie? mcm amner aku bleh terlibat dlm mempromosi benda2 mcm nie.

bengkel tue diadakan di Seri Malaysia, Port Dickson selama 2 hari 1 mlm dan seramai 25 peserta yg terlibat dan kebanyakannya adalah doktor. mmg bosan benda2 nie tp mungkin mereka perlukan kekretifan org seperti aku kot untuk membantu menghasilkan kesedaran orang ramai tentang kawasan larangan merokok di melaka.

mungkin ramai ingat xbleh isap rokok kat melaka nie tp hanya beberape tempat je dijadikan larangan di melaka. ingat anda bleh disaman semahal2 RM10k. sila berhati2 jika anda merokok di kawasan bersejarah dimelaka. walaupon sampai kul 10mlm penguatkuasa kesihatan akan menyaman anda.

| Nothing Is Enough |

setiap org ader right man diorg. mcm aku skrg sejak sudiman xder kat melaka, kini hamdan dah jadi right man aku. kawan baik sejak 5 bulan lepas. sepanjang masa abiskan masa dengan die. awek aku pon bleh mengamuk klu aku asyik spend masa dengan hamdan je.

tiap2 mlm kuar same dan mkn malam pon same2. kate housemate aku. xkanla dah duk serumah tp masing2 buat hal masing2. kira okey la sekurang2 nya awek aku patot tahu yang aku kuar ngan lelaki dan bkn dengan awek mane2 pon. walaupon mmg xder awek yg akan kuar ngan aku. memandangkan pakej makin tidak menarik.

mmg seronok bile kite ader masa untuk hal lelaki je. walaupon bkn semua perempuan akan faham tentang perkara ini. kadang2 lelaki suka buat sesuatu tanpa ader perempuan. sebab lelaki xperlu nak hipokrit tentang byk benda. nak mkn ape, nak gie maner, xder duit pon. semua benda lagi mudah. tp kadang2 tue mula rindu kat awek masing bile nampak couple jln2 ngan awek masing.

tp semua nie xder masalah klu kite masing percaya kat pasangan masing2. buchuk xmarah aku kuar, tp dia suka kaco aku setiap 20 minit untuk memastikan aku xkan lupakan dia. hahaha miss u syg.

| If You Don't Get Enough |

sejak sudiman kerja kat pasir gudang, aku xpernah gie ngok die. nak gak tahu mcm maner kerja sebagai site manager? aku gie ngan hamdan gie buat lawatan mengejut kat dia.

aku xpasti mcm maner life kontraktor kat site. mmg memenatkan rupanya. walaupon aku baru duk 10 minit kat situ, mmg xtahan dengan cuaca. mmg rase nak baring tido je dlm kabin. rupanya ini la sbbnya si sudik asyik tido je. pagi2 bg briefing kat staff dan bos masuk kabin tido.

makan tido makan tido nie je la kerja die kat sini. maybe mlm2 gie enjoy. tp mane nak enjoynya klu kerja dr isnin ke ahad kul 9 hingga 9 mlm. income mmg masyuk tp life pandai2 la fikir.. lepas site nie siap, maybe sudik kena gie kat perlis lak. makin jauh lak. xper bro... perlis tunggu kitaorg dtg.

| My Body Don't Lie |

cuti raya dah abis, kena kembali bekerja. walaupon kite raya selama sebulan tptahun nie aku raya 2 ari je. tahun raya yg paling membosankan bg aku xtahu la kenaper tp raya ke-3 aku dah pulang balik umah sewa. bkn sbb xbleh dpt cuti, tp rase mmg malas nak beraya tahun nie. abaikan je. tp ape2 hal aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin kepada kawan2 semua.

raya ke-5 member kolej aku kawen kat muar. tahniah dan selamat pengantin baru kepada Mohd Huzaifah (jeap) dan Nadia. xsia2 aku kejar nadia dl kat bangunan mara tuk dptkan no. tel bg kat jeap. then sekarang korang dah jadi suami isteri. semoga berkekalan hingga akhir hayat. aku gie ngan si buchuk then smp sana jmp bond dan kwn2 die.

ape yg menarik iaitu aku baru tahu yg kawen belah johor nie kena byr tol sblm masuk rumah. pastu aku ngok umah nadia nie tangga punya tinggi. aku rase dkt 20 org bdk tunggu atas tangga minta dl tol dr pengantin lelaki. so klu jodoh aku kawen ngan org johor nanti, so pandai2 la pengapit aku nanti sediakan bayaran tol. hahhaha

then baru nie aku gie ngok movie ngan hamdan, citer hantu bonceng. mcm nak pecah perut aku gelak dlm wayang. mmg lawak citer nie. dah la pki nama buchuk. xker nak geli aku dgr. tp aku panggil aku buchuk gak. gelak2 smp mlm, si buchuk dah merajuk ngan aku. sbb abaikan dia. sbb aku selalu kuar ngan hamdan. dah dia je yg ader kat melaka nie. xkan aku nak kuar ngan pompuan lak kat melaka nie. kang jadi isu besar lak. mahu ke?

dialog yang best "oh my buchuk kena nasi kangkang" dan "dia baru je upload je bodoh". hahhaha

| It's an Addiction |

kenaper kiter bleh "TERlanjur"? nama pon TERlanjur, TER adelah untuk perkara tak sengaja, benda yang kite xder niat nak buat tp terjadi lak. mcm situasi saya TERlempang ko, asal nye xder niat nak buat tp dah TER gak, nak buat mcm maner. bleh x, kite jwb kat awek kite klu kantoi ape2 ngan die.

bulan puasa nie mcm2 perkara bleh kiter buat tak sengaja ataupon istilah tadi TER. contoh: TER makan la, TER minum la, TER lajak tido la dan mcm2 ter lagi yg wujud bulan puasa nie. tp sebenarnya benda nie dtg dr diri kita sendiri. bukan kite xbleh ubah perkara nie sblm terjadi ape2. tp satu perkara kite xbleh nak elak ialah, TERjatuh cinta lagi. hahahhaha bleh x?

alhamduillah setakat nie aku masih puasa penuh lagi, masih belum TERbocor lagi, walaupon ramai yg sanggup membantu aku mendapatkan bekalan makanan dan sanggup belanja aku lagi. menarik kan. maner nak dpt kwn2 mcm nie.

tahun nie xdpt buka puasa ngan bdk2 Sentulville dan bdk2 Sains Komputer, mungkin masa, kesibukan dan komitmen masing2 menyebabkan masing2 lupa nak buat jamuan berbuka puasa. tahun angin2 nak buka puasa langsung xder. tp aku kat melaka meriah gak buka puasa, antaranya


1. Ikan Bakar Crystal Bay (2 kali)
2. Kenny Rogers, Mahkota Parade
3. Western Highway, Padang Temu
4. Ayam Golek Barkat, Pantai Puteri
5. Hotel Kings, Ayer Keroh
6. Hotel Ancasa, MITC
6. Pizza Mania, Aeon Bukit Raja

dan selebihnya bazzar ramadhan. pergi sampai 2 bazzar satu hari. jln2 smp xtahu nak beli aper. last2 gie beli KFC je. pusing2 cuci mata je. mengisi masa lapang sebelum berbuka. hari nie last berbuka dan sahur kat melaka. esok dah balik kl dan bercuti smp raya.

tp baju raya pon xbeli pon. ader org kate aku kedekut untuk diri sendiri tp mmg aku xtahu nak beli aper, mmg duit bonus ader dlm bank tue xterusik pon lagi, gaji pon dah masuk tp mcm malas je nak beli. yg penting kiter berjimat cermat duit untuk next trip. hahaha aku nak gie berjalan lagi lepas raya nie.

| Sound is My Remedy |

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau SPRM maybe ramai yg takut ngan depa nie.. nie lagi dahsyat dari gangster2 dlm KL Gangster. jgn kate kita yg biase2 nie.. pegawai kerjaan hingga ke pihak berkuasa pon bleh takot klu kena panggil ngan SPRM.

nie aku gie pejabat SPRM kat Melaka pon bleh menimbulkan mcm2 kontroversi. jgn kate kwn2 sekerja je smp bos2 pon bleh kecut la. tp aku pergi SPRM bkn sbb kena soal siasat atau bagi maklumat tp atas urusan kerja je.. tp aku xminat nak bincang tentang SPRM kat Malaysia nie. siape beri dan ambil rasuah pandai2 la fikir sendiri. xkaya pon buat benda2 nie.

bulan ramadhan telah pon tiba, kali nie aku akan bersahur dan berbuka puasa ngan house mate aku yg baru: hamdan supid (bleh cari kat fb) klu tahun lepas aku byk habiskan masa bulan ramadhan ngan sudiman tp die dah kerja kat johor. si supid nie bdk ofis aku.

mcm biase la dugaan mesti byk kat ofis aku.. masuk hari ke-3 pasukan2 xberpuasa telah memulakan tugas masing2 untuk mendapatkan makanan. tp tahun lebih baik dr tahun lepas. makin ramai yg berpuasa. so aku harap2 depa semua yg xberpuasa dpt berubah tahun nie. so kita harap2 kan la. so selamat menyambut bulan ramadhan kepada kawan2 dan selamat menunaikan ibadah puasa.

| Let's Take The Whole World On A Ride |

salah satu sekolah yg terima netbook di Melaka ialah SMK Ghaffar Baba, Masjid Tanah. lepas abis pemberian netbook, aku sempat pusing2 sekolah dan aku telah menjumpai mark aku kat sekolah tue.

perghh setelah 10 tahun pon masih ader lagi contengan aku kat pondok kat sekolah. bangga beb! nie tinggalan sejarah. harap2 diorng xpadam atau cat balik. hahaha

| One Day Shuffel, Two Days Shuffel |

ketika masih sibuk dalam program memberi netbook percuma di seluruh negeri melaka. tiba2 lak kena gie teambuilding. semua staff diwajibkan pergi lak. penat netbook pon abis lagi. ingat ofis nak bw gie bercuti, nie kena masuk hutan lak. dulu dah kena gie teambuilding kat taman herba pagoh, nie lak kat taman hutan lagenda taman negara johor, kat sagil. dekat ngan air terjun sagil.

aktiviti penuh je dari kul 5.50 pagi hingga 12.30 malam. perghh penat giler. mcm2 aktiviti permainan dan riadah dr night walk, berjalan 8km sehingga aktiviti berkumpulan. oohh ader gak sesi lakonan dan poco2. yg bujang sehingga yg dah kawen, semua dah lupa diri bile poco2.

mula2 dulu bdk2 nie semua xnak gie teambuilding nie sbb ingat mcm kem membasuh otak, tp nasib baik aktiviti nya dah serius dan menghiburkan. klu xdah lame bdk2 nie cabut balik. tp bile dah smp ras2nye xkan ader sorang pon berani balik sbb resort btol2 dlm hutan yg xder jln2 raye, seperti terputus dgn dunia luar. yg penting semua org happy kat sana. next time kitaorg nak bonus.

| The Lazy Day |

10,700 unit netbook yang dikenali sebagai M-Book telah dan akan di edarkan diseluruh melaka oleh syarikat aku. dengan kerjasama SKMM, PPD dan Japerun, kini aku sibuk dalam majlis2 penyerahan netbook nie.

dah 2 minggu aku xduk ofis, asyik gie sekolah atau japerun je. penat btol bulan nie. asyik balik lambat jee. bkn sekadar serah je. nak ambil serial number, check borang, beri broadband prepaid percuma lagi. check borang balik. klua der masalah nak kena cari bdk2 tue balik. adoiyaa.. ingat nak dpt barang percuma senang ker...

tp seronok buat benda2 nie. sekurang2 nye xder la asyik duk kat meja ofis je.. nie jap lagi nak sambung lagi. 2 minggu tanpa henti lagi. ari2 makan kat kantin sekolah. best gak, makanan murah2. hahahaha

| Update: Zairulhisyam bin Zakaria |

mlm td sedang aku ngok movie fast five, aku dpt panggilan dr kril memaklumkan aku bahawa che on atau Zairulhisyam bin Zakaria telah mengalami kemalangan jalan raya bersama ER-6 di Jalan Mahameru berpunca kesalahan penungang motor lain.

time kril aku tue di ckp ngah tunggu che on abis operation sbb kaki kiri dia patah. mmg terkejut abis aku time tue. so bro, cpt2 la sembuh2 supaya kita bleh repeat snooker lagi.

| Tiz Happen In Phuket |

akhirnya berjaya gak aku gie phuket, setelah bermcm masalah timbul sebelum nak gie phuket nie. walaupon hanya 4 org iaitu khairil, reeza dan bond je join tp xmematahkan semangat kitaorg nak ke sana.

dengan menaiki myvi WNC 9461 dari kl terus ke phuket. hanya 990km sahaja! Sentulville-Taiping-Bukit Kayu Hitam-Krabi-Phuket. jika sesiape rase nak buat perkara bodo mcm kitaorg ngan memandu, disarankan jgn la buat. pasti anda menyesal kepenatan yg amat sgt.

nak masuk thailand je dah kena bayar RM2 upah tulis dan RM2 tuk chop passport. mmg buat duit btol pegawai imigresen thailand, tue blum kena paw ngan polis thailand lagi. makan teh! RM50.

smp je kat phuket kitaorg cr hotel tuk check in, at last kitaorg pilih Le Tong Beach Hotel kat Patong Beach kerana harga semalam hanya RM100 je. lepas tue aku terus booking tour ke Phi Phi Island tuk aktiviti esok. RM115 seorg termasuk pengangkutan dr hotel ke ferry dengan welcome drink+unlimited drink dlm boat+lunch. dan aktivit start kul 8.00 pg sehingga 4.00 ptg. kira okey la. sbb rata2 aku dgr dr org lain RM100.

petang tue kitaorg just rehat kat hotel dan mandi kat swimming pool hotel je. then kul 8.00 malam start berjalan kaki kearah Patong Beach tuk cari makan malam. then dekat 2 jam jalan2 kitaorg akhirnya jumpa Kesuma Restaurant, kedai makanan Malaysia-Thailand dan lebih seronoknya kat situ ckp melayu. perghh senang giler nak order makan. mmg buat cam kat malaysia la.

lepas makan kitaorg smbung jalan2 kat patong beach sbb nak mkn pancake lak. sbb mendapat rate yg tinggi dr blogger2 malaysia yg pergi ke phuket. sbb benda nie bleh byk didapati kat situ.
antara pilihan menu ialah pankek banana wit caramel, banana wit choco, manggo wit nutella tp harga RM5-6 sehidangan. mlm tue kitaorg abiskan masa dengan makan pancake dan minum kat tepi pantai je. byk night club dan rumah urut sepanjang Patong beach tue.

sok pg2 van tour dah dtg ambil kitaorg nak bawa ke Phi Phi Island. antara aktiviti spanjang tour ialah melawat Maya Beach iaitu lokasi pengambaran filem The Beach lakonan Leonardo DiCaprio. then melawat Monkey Island dan acara snookeling selama 1 jam dan lunch kat sebuah pulau yang aku dah lupa nama. makan secara buffet dan melepak kat pulau tue selama 1jam 30minit. then acara terakhir ialah ke Phi Phi Island iaitu pulau kecil.

then balik ke hotel, aku ngan angah sambung mandi kat swimming pool lagi. kril ngan bond dah kepenatan terus tido. then acara berehat sebelum nak kuar makan. mlm tue gie balik kedai semalam sbb nak order lobster. then lepas mkn acara yg sama ialah lepak kat Patong Beach sambil mkn pancake lagi dan cuci mata ngok org lalu lalang kat situ.

tp kedai2 barang kat patong dah mcm petaling street je. dah la penuh dengan pekerja nepal dan laos, depa mahir dlm byk bahasa, thai, malayu, cina dan ntah la bahasa ape lg yg diorg tahu. semua mmg cekik darah punya kedai. kril nak beli replika pistol tp akhir nya beli pisau mcm cerita naruto bentuk bintang RM70 je.

hari ke3 di phuket ialah acara check out dan pulang ke malaysia. dan xsabar2 nak pulang sbb duk lame2 kat sini pon asyik abis duit je. semua benda guna duit. nak duk atas kerusi je perlukan RM15. harga barang2 dan mkn minum macam lagi mahal kat malaysia je. yg pasti aku dah smp ke phuket. dan next year kena rancang trip lagi. huhuhuhu

| If You Knew It Was All About You |

mula2 dpt memo pindah umah then memo pinjaman mara. adui.. kena semua benda hadir pada masa yang terdekat. next month lak nak gie phuket then hari jadi buchuk dan nak kena pindah rumah. seronok jadual aku dah penuh smp akhir bulan depan.

hal sewa umah nie pon blum selesai lagi. nak cari umah satu hal. nak pindah lagi satu hal. wah malasnya. time nie baru rase penting beli rumah, xperlu nak pindah2. masuk nie dah 4 kali aku pindah umah sepanjang aku duk kat melaka.

next month hari jadi buchuk. mari mula mencari hadiah tuk die. walaupon buchuk ingat aku xnak jmp die, tp aku nak sgt jmp die. dah 2 minggu xjmp die. die pon dah makin bz ngan kerja die dan hari2 mengadu penat. kesian buchuk. nanti kite celebrate walaupon lambat.

| Crash and Burn, Young and Loaded |

4 bulan dan masih 32 buah kereta model yang sama dibawah mengalami masalah yang sama. wheel chain rosak. damn! kena tunggu 4 bulan tuk tunggu barang alat ganti dihantar ke? nie kereta nasional aka tempatan. xkan nak tunggu barang alat ganti dari luar negara lak.

pelik ngan masalah nie. aku dapat tahu dari juruteknik pusat service nie yang bkn aku sorang je yang sedang tunggu alat ganti tp 32 pemilik kereta pesona elegance kat pusat service nie termasuk kereta isteri dia.

die minta aku report kat customer service 1-800-88-3003. pastu depa bleh ckp dlm masa seminggu bleh hantar plak. ahhh siaper yg xbuat kerja sebenarnya nie??? xfaham aku.

| Cause We Gon' Rock This Club |

aku dpt msg yg bleh mengubah kehidupan aku untuk seketika. bkn dr ex-girlfriend tp dr pakcik aku yg sebaya aku. msg: salam safely touch down@klia@1500hrs. so my life onboard m.v.bunga teratai is officilly over now.

dah selepas 7 bulan, kini mohd reeza telah kembali ke malaysia untuk mencari jodohnya. huhuhu tp sekarang die masih berada di taiping sebelum bersedia tuk turun ke kl dan melaka. dan yg pasti aku jd host die sepanjang die kat kl dan melaka.

| I See You Driving Round Town |

perkahwinan kat taman tasik titiwangsa mmg menarik tp klu buat kat luar mmg meriah sbb ramai org bleh dtg. ngan event lain yg berdekatan mmg menjadikan majlis kawen tue nampak meriah.

ari tue alan kawen kat sana. tp rugi dtg lambat sbb xsempat ngok pengantin berarak naik kuda. nie semua sbb parking xder. ade acara ape kat situ smp penuh parking tepi jln. klu ngok dr luar mesti ramai org dtg ek'

ari tue azmi sempat gak dtg walaupon baru mendapat cahaya mata 2 hari sebelum. tahniah bro! che-on, tepet, kril ngan azmi ader time tue tp zaid lak xder, die gie kelantan. ari tue gak hari jadi che-on sempat gak kitaorg pow die karaoke kat wangsa walk.

| I Throw My Hands Up In The Air |

kemungkinan aku akan ader kan trip ke phuket bulan 4 atau 5 nie. hanya 6 org terpilih saje yg bleh join. xbleh bawa ramai2 nanti susah nak jaga. biase la gie bdk2 nie klu lepas waktu kerja cepat terkejat skit.

perancangan asal nak naik keta smp kuala perlis pastu transit ke thailand dan terus ke phuket. tp xtahu la mcm maner nanti. mmg main terjah je kali nie. semua xder pengalaman ke phuket. budjet mmg best kali RM500 je satu kepala. ade yg tido kat kaki lima je nie. huuhuhu

nie antara blog menjadi kajian aku tuk 2 bulan nie. harap2 dpt manfaat ler..

http://www.skolblog.com/2008/08/05/phuket-day-1/
http://sawanila.com/v10/tag/makan-makan/
http://mum2two.wordpress.com/category/sawadeekap-08/

nie lak antara pilihan hotel aku nak stay kat sane. yg murah lebih baik. pergi lelaki je. bkn bw bini pon.

http://www.patongbaygarden.com/rates.html

http://phuketsevenseas.com/index.html

| I'm Sorry, I Can't Afford A Ferrari |

time tue xsilap aku ngah bercuti panjang bulan februari. time2 aku dpt panggilan dr ofis memaklumkan bos unit aku ngan staff unit aku behenti kerja dan kena buang kerja. nie xtermasuk 4 org staff ofis aku kena tamatkan kontrak.

perghh ape dah jadi ngan ofis aku nie. pastu bos aku col aku bgtahu kenape die berhenti kerja. mcm xcaye je aku. bos aku bleh mengamuk dlm meeting bod yg disertai oleh datuk t. pengerusi, datuk tsuk, pengarah unit it dan pengarah k-ekonomi. pas tue terus resign. keret btol..

kini rafizal adham aka ex-bos unit led dan sudiman seesaw aka ex-juruteknik terhebat dah pon xbekerja kat ofis nie lg. ahhh bosan nye. tp harap2 rezeki diorg kat luar tue lebih murah. semoga berjaya dlm ape yg mereka ceburi.

| Guess The Change In My Pocket |

soalan tok kadi kepada pengantin lelaki. 'ape yg anda perlu sediakan sebelum nikah?' jawapan tok kadi ialah 'tangan tuk angkat nikah' aku rase nak maki pon ader tp mmg kalah la raja lawak, tok kadi nie. si lan nie nak angkat nikah dah berpeluh2 nie. mungkin excited kot tok kadi mlm tue.

minggu nie alan akan langsungkan majlis kat tasik titiwangsa dan minggu seterusnya di felda trolak. so aku ucapkan selamat pengantin baru kepada fakhrul jalal atau alan. semoga hidup anda akan bahagia selamanya bersama isteri tersayang.

budak2 nie masih ingat adegan awek alan nie campak hp alan kat jalan raya depan bus stop depan blok. bdk2 nie dah tergelak sakan ngok alan. pastu alan dtg jmp bdk2 nie ckp.. 'pergghh nasib baik die campak hp murah klu x, die aku campak'. huhuuhuu

| Tonight Is The Night |

kena abiskan cuti tahunan. owhh ader 8 hari lagi kena abiskan, sukarnya... hehehhe byk lg rupanya cuti aku walaupon sebenarnya aku nie selalu ambil cuti. tp tahu2 ader 8 ari lg. waduh2 rezeki dong!

ari tue ambil cuti tahun baru cina terus sambung smp maulidur rasul. perghh cuti lame giler smp rase dah xkerja langsung. nasib baik budak2 sentulville nie ader aktiviti. sempat gak main snooker kat hotel grand season. dahsyat x? tempat otai2 main nie.

lepak minum kat the castle kampung baru. mcm celaka. parking pon kena bayar ker? perghh rm3 lak tue. mmg buat duit je laa. ice lemon tea rm5. tempat makanan arab. mmg org arab je ramai. tp pelik awek2 melayu dtg situ mcm nak gie clubbing je. or kitaorg je masih update tentang fashion. lantak2 la yg penting duit berkepok. hahaha tue kate2 che on.

ntah ari ape kul 9 baru kecoh si kril nak ajak kuar. ape lg gie karaoke la. tp pelik skrg bdk2 nie suka nyanyi lagu nasyid kat karaoke cth: keluarga bahagia dan teman sejati. perghhh mengamalkan nilai2 murni skrg. ape2 enjoy.

| Back To Damsyik |

rasanya baru je post tentang nasi arab damsyik tp xsampai sebulan dah kembali balik mkn kat situ tp kali nie ngan buchuk, sudik dan zack. abis je kerja terus ke senawang dgn baju2 kerja.

menu tuk ptg tue adalah nasi arab ayam (3 org mkn) dan nasi arab kambing (3 org mkn) hah jgn xpercaya. hanya 4 org je mkn tp order tuk 6 org. xper zack pasti bleh abiskan. hehhehehe


| The King And I |

papa dpt pinggat dr kerajaan melaka. ingat shah rukh khan je dpt datuk. papa pon bleh dpt la. tahniah papa diatas penerimaan pingat bakti masyarakat (PBM) dari kerajaan negeri melaka.

tidak sia2 kerja papa selama ini telah dihargai seperti, walaupon pinggat xdpt sebarang duit atau elaun pon tp sudah cukup buat diri dihargai. moga2 tahun depan dpt lagi. hehehehe

| When In Damsyik |

tekak aku nie asyik mengidam nak makan nasi arab damsyik kat senawang. tiap kali aku ngok pic nie mesti menyebabkan aku menelan air liur memikirkan kesedapan nasi nie. tiap kali balik kl klu jln xsesak sgt, papa sering singgah tuk bungkus nasi bawa balik mkn bersama.

Nasi Arab Damsyik di Senawang, Negeri Sembilan

klu xsilap aku 2 minggu lepas, aku bawa che-on, zaid, kril ngan tepet gie mkn kat sana. dah semua bleh pakat xmkn tengahari dan maing2 perut kebulur time tue smp kat senawang kul 6ptg. dah mcm zombie msg2 dlm keta.

smp2 je terus order menu: Khamsa (5) Set Ayam + Kambing RM 80 Teh Shai (1 jug) RM 10 dan Manggo Lassi (1 jug) RM 28. hanya memerlukan 5 minit tuk makanan tiba dimeja kami dan kami hanya memerlukan 10 minit tuk menghabiskan semua makanan itu.

aku sedar ader meja sedang memerhatikan kitaorg yg gelojoh mkn smp smp berborak. mmg mcm sebulan xmkn bdk2 nie kot. balik2 je masing2 dah nyanyi lagu arab akibat keracunan mkn nasi arab nie. maybe dlm masa terdekat nie aku nak gie lagi tp ngan buchuk. lapar2

| Go Wonder Pet |

sabtu ari tue duk umah sentulville menonton tv sambil kebosanan xtahu nak ngok ape, then belek la satu2 channel. then ader citer wonderpet, mmg aku xpernah tengok cite nie tp tahu la pasal lagu cite nie.

then tiba2 aku tergelak teringat kate2 buchuk, "mane kawan2 wonderpet awak?" time tue aku xfaham ckp die. buchuk ckp: "yang hamster tue u sbb perut u bulat, itik tue azmin sbb kulit cerah dan kura2 tue si sudik sbb x comel", "kan korang selalu kuar mlm same2 nak gie minum kat kedai mamak ataupon gie cuci mata ngok awek seksi2"

cehh.. bile aku ngok cite jadi lebih lawak sbb aku bayangkan aper yg buchuk ckp.then akau bayangkan setiap kali wonderpet gie selamatkan haiwan lain mcm kitaorg gie jmp bdk2 ofis lain nak lari dr umah sbb bini nak ikot kuar gak. tiap2 mlm kuar ngan alasan ader kerja. hahhahaa nanti aku akan rasa keadaan tue gak. hahahahaaa

| Freak Show |

akhirnya setelah 2 tahun pemasangan, perbincangan dan beberapa kali berubah lokasi, LED TV Batam-MICTH telah beroperasi sepenuhnya di Simpang Kabil, Batam Indonesia.

LED TV Di Simpang Kabil, Batam

melalui hubungan baik Kerajaan Negeri Melaka - Dunia Melayu Dunia Islam - Pemerintahan Kota Batam, LED TV Batam-MICTH telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka dan Gabenor Riau.

rasa puas ati hasil titik peluh team teknikal syarikat aku melihat LED TV ini telah siap. akhirnya ader hasil kerja aku keluar dr malaysia. klu korang nak ngok kena gie batam. naik feri dr stulang laut gie balik baru RM120.

jgn risau ramai rakyat malaysia kat sana dan korang xterasa asing kat sana. mcm bdk ofis aku tiap2 minggu gie batam dah mcm balik kampung je. smp cakap indonesia pun dah fasih. buku passport penuh ngan cop gie batam. hehehee..

Jambatan Barelang, Batam

| I'll Never Be Back |

ramai org ckp pasal i-city kat shah alam. mcm menarik tempat tue. tp bg aku. sgt membosankan! xder aper menarik dengan pokok berlampu kat situ. tp awek aku nak sgt pergi tempat tue. yg penting dia happy.

tp untuk couple, mungkin menarik tuk ambil gambar. alang2 dah dtg dr jauh, rugilah klu xbergambar kat situ. tp penat la nak berjalan jauh2 dr parking dan arah ntah kemana2. tiada kaunter pertanyaan. pengawal keselamatan warga asing yang merepek je ckp dlm bahasa inggeris. damn!

bg aku kat melaka pon dah cukup byk lampu2 led kat pokok, bangunan dan sungai. xpercaya bleh gie kat rivercruise kat sungai melaka. lagi pon aku kerja dlm bidang led dan mungkin xmembuat benda nie nampak menarik dimata aku.

tiga org dlm department aku yg pergi kat i-city telah menyatakan tempat tue xmenarik langsung. mungkin tempat tue xsiap sepenuhnya tp kenape xsiapkan dl br buka tuk public. kat bawah nie picture kat sungai melaka. yg penting ianya percuma tuk bergambar.

yg penting klu bergambar di melaka pada waktu mlm, lepas tue bleh pekena asam pedas kota laksamana dl. lg best! balik umah terus tido dgn perut kenyang.