| Tiz Happen In Phuket |

akhirnya berjaya gak aku gie phuket, setelah bermcm masalah timbul sebelum nak gie phuket nie. walaupon hanya 4 org iaitu khairil, reeza dan bond je join tp xmematahkan semangat kitaorg nak ke sana.

dengan menaiki myvi WNC 9461 dari kl terus ke phuket. hanya 990km sahaja! Sentulville-Taiping-Bukit Kayu Hitam-Krabi-Phuket. jika sesiape rase nak buat perkara bodo mcm kitaorg ngan memandu, disarankan jgn la buat. pasti anda menyesal kepenatan yg amat sgt.

nak masuk thailand je dah kena bayar RM2 upah tulis dan RM2 tuk chop passport. mmg buat duit btol pegawai imigresen thailand, tue blum kena paw ngan polis thailand lagi. makan teh! RM50.

smp je kat phuket kitaorg cr hotel tuk check in, at last kitaorg pilih Le Tong Beach Hotel kat Patong Beach kerana harga semalam hanya RM100 je. lepas tue aku terus booking tour ke Phi Phi Island tuk aktiviti esok. RM115 seorg termasuk pengangkutan dr hotel ke ferry dengan welcome drink+unlimited drink dlm boat+lunch. dan aktivit start kul 8.00 pg sehingga 4.00 ptg. kira okey la. sbb rata2 aku dgr dr org lain RM100.

petang tue kitaorg just rehat kat hotel dan mandi kat swimming pool hotel je. then kul 8.00 malam start berjalan kaki kearah Patong Beach tuk cari makan malam. then dekat 2 jam jalan2 kitaorg akhirnya jumpa Kesuma Restaurant, kedai makanan Malaysia-Thailand dan lebih seronoknya kat situ ckp melayu. perghh senang giler nak order makan. mmg buat cam kat malaysia la.

lepas makan kitaorg smbung jalan2 kat patong beach sbb nak mkn pancake lak. sbb mendapat rate yg tinggi dr blogger2 malaysia yg pergi ke phuket. sbb benda nie bleh byk didapati kat situ.
antara pilihan menu ialah pankek banana wit caramel, banana wit choco, manggo wit nutella tp harga RM5-6 sehidangan. mlm tue kitaorg abiskan masa dengan makan pancake dan minum kat tepi pantai je. byk night club dan rumah urut sepanjang Patong beach tue.

sok pg2 van tour dah dtg ambil kitaorg nak bawa ke Phi Phi Island. antara aktiviti spanjang tour ialah melawat Maya Beach iaitu lokasi pengambaran filem The Beach lakonan Leonardo DiCaprio. then melawat Monkey Island dan acara snookeling selama 1 jam dan lunch kat sebuah pulau yang aku dah lupa nama. makan secara buffet dan melepak kat pulau tue selama 1jam 30minit. then acara terakhir ialah ke Phi Phi Island iaitu pulau kecil.

then balik ke hotel, aku ngan angah sambung mandi kat swimming pool lagi. kril ngan bond dah kepenatan terus tido. then acara berehat sebelum nak kuar makan. mlm tue gie balik kedai semalam sbb nak order lobster. then lepas mkn acara yg sama ialah lepak kat Patong Beach sambil mkn pancake lagi dan cuci mata ngok org lalu lalang kat situ.

tp kedai2 barang kat patong dah mcm petaling street je. dah la penuh dengan pekerja nepal dan laos, depa mahir dlm byk bahasa, thai, malayu, cina dan ntah la bahasa ape lg yg diorg tahu. semua mmg cekik darah punya kedai. kril nak beli replika pistol tp akhir nya beli pisau mcm cerita naruto bentuk bintang RM70 je.

hari ke3 di phuket ialah acara check out dan pulang ke malaysia. dan xsabar2 nak pulang sbb duk lame2 kat sini pon asyik abis duit je. semua benda guna duit. nak duk atas kerusi je perlukan RM15. harga barang2 dan mkn minum macam lagi mahal kat malaysia je. yg pasti aku dah smp ke phuket. dan next year kena rancang trip lagi. huhuhuhu

No comments:

Post a Comment