| Out For Three Month |

betul ker aku bz? bz kerja or bz lepas waktu kerja? or buat2 bz? kite xbleh menilai diri kite, hanya mereka yg bleh menilai diri kite. tp mmg penat kebelakangan nie. tp aku masih bleh tersenyum seperti gambar kat dibawah. nie time aku gie umah eriq untuk lunch pd pukul 4.30 ptg setelah berjaya melarikan diri dr CEO aku.

xbest langsung bile aku dah plan nak main ps3 ngan eriq, tibe2 time tue lak yg bz. ptg tue smbg meeting lagi. aku xsuka masuk meeting. bosan!!! masa untuk aku melarikan diri time kerja makin susah, dl bleh je, aku hilang2. kini baru je niat nak hilang, dpt msg... jumpa sy sekarang dr CEO aku.

bile dah sibuk, balik kerja lambat. makan lambat dan terus tido. aku xsedar lak, lepas raya nie... pakaian aku dah mengecil. MENGECIL dan bukan aku MEMBESAR. ah lupakan saja pasal saiz. yg penting aku cukup makan. hahahahhaha..

baru2 nie paklang aku ( adik papa) masuk IJN, operation akibat jangkitan kuman di jantung. dah masuk 4 minggu, tp masik blum sembuh dan sedarkan diri lagi. tiap2 minggu aku balik kl, tuk melawat die. tp kini papa cakap peluang sgt tipis. kite doakan same2. amin.

oh ye, aku baru beli kasut futsal, buchuk yg pilih. cantik x? sila rujuk gambar dibawah. beli kat al-ikhsan dataran pahlawan. bulan lepas dpt gak aku main tiap2 minggu. kena aktif kembali, jika tidak aku kena beli seluar jeans baru. hehehhehehe

dalam kesibukan ini, jgn la kite lupa kawan2. aku skrg dah xder mase nak lepak2 smp mlm2. rase dah cepat mengantok. sorry gengs. tp sempat gak aku jenguk2 korang kat kl walaupon kejap. hope korang faham.

kawan2 kat melaka, jgn salah faham aku xnak join korang kuar makan, karaoke or merayau mane2 tp aku btol2 minta maaf sbb kadang2 time korang ajak, mmg aku penat sgt. lgpon korang semua dah nak kawen, nanti kuar cite bab kawen.. aku gak xfaham. heheheh gurau je.

dah la.. aku nak gie makan nie. dah lapar sgt. hujan dr tengahari td menyebabkan perut aku sgt lapar. asam pedas? tom yam? yong tau fu? ikan bakar? perghh macam mane nak diet nie...