| It's All Blur Last Night |

hari isnin sememangnya hari yg paling malas nak bekerja. hari yg mmg lemau giler nak buat aper2 kerja. mlm td tido lewat ngok man united seri ngan fulham. pastu layan "two and half men" dan " how i met your mother" kat chanel 711. kul 4.30 dah bgn sahur then kul 6 bertolak balik ke melaka. 7.30 smp kat ofis.

check email, update fb dan berita bola. ahhh baru kul 8.00. xtahu nak buat ape? kerja pon xder. tido2 mari kita tido kat ofis. tue member aku smp2 ofis trus tido kat sofa. ape lagi mari kita join tido!

tahun nie bulan puasa masih blum ader satu jamuan berbuka bersame kawan2 xkira kawan2 kat melaka, bdk2 sentul, ex- classmate dl ker? pelik gak tahun nie... mcm dah xmeriah mcm dl. masing2 bz kerja or dah ader komitmen? oohh lupa lak ngan awek aku pon blum berbuka puase same2. gie bazaar ramadhan same2 pon blum lagi. teruknya aku tahun nie... ape yg aku fikir sebenarnya nie? otak ku xberfungsi lagi ker?

| Selamat Berbuka Puasa |


kisah benar dari kawan2 aku.
ade member aku, first time puasa kat umah mertua. time berbuka dah tiba. semua ahli keluarga berkumpul kat meja makan. azan pun berkumandang menandakan waktu berbuka puasa. bapak mertua member aku pun minta menantu baru dia nie, iaitu member aku nie tuk baca doa berbuka puasa. lalu die dengan tidak teragak2 menadah tangan dan mengucapkan.... " sahaja aku berbuka puasa kerana Allah s.w.t" amin.

semua orang terpegun lalu terus ketawa besar... member aku pun tunduk malu mengakui kesilapan nye. aku bkn nak memalukan beliau ngan cerita ini tp sebagai nasihat kepada diri aku sendiri, mungkin xlame lagi aku sendiri akan merasai pengalaman sebegitu. mungkin bakal bapak mertua aku suru baca doa berbuka puasa pastu jadi imam ker? maner tahukan.. kita nie lelaki mmg menjadi tanggungjawab sebagai pemimpin keluarga. so get ready!

kat sini aku sediakan niat puasa dan doa berbuka puasa sebagai rujukan.

Niat Puasa

"Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan
tahun ini kerana Allah Ta’ala"


Doa Berbuka Puasa

"Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki
Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang."

p/s: walaupon kitaorg sering sahur same tp betol ke dia reti niat puasa. aku sering tanye dia tp xnak jawab. mungkin malu tetapi sampai bile?

| Eidul Ramadhan |

tahun ke 4 di melaka bermakna aku dah 4 tahun berpuasa di sini. tp tahun paling sunyi kot. sbb skrg dah xder housemate. semua dah berhijrah kuar dr melaka atau dah berumahtangga. xder member nak gie pasar ramadhan same2, buka puase same2 dan paling penting gie sahur same2. bile fikirkan benda nie mmg sedih. last year mmg best. semua benda menarik. semua org xder komitmen. just enjoy ur life.

tp ape2 hal pun kite masih ader kawan2 lain. so kite masih bleh enjoy tp mungkin xsemenarik dl. malam sebelum puase aku ngan budak2 ofis kuar gie mkn asam pedas claypot kat kota laksamana. then bleh timbul idea nak jalan2 kat jonker street walaupon jonker street xbuka selain pada hari jumaat -ahad.

tp menarik gak. byk lorong2 kat situ yg kitaorg xpernah masuk yg sememangnye ader kedai2 menarik. ape lagi org pon xder. bleh la bergambar. xder la tokey kedai marah. mmg nampak je benda2 pelik terus nak bergambar. pesanan penaja: jika ingin melihat lebih gambar sila layari facebook pemilik blog nie.

so kepada pembaca2 blog aku nie, maybe korang kenal aku dan aku ingin ambil kesempatan untuk memohon maaf atas kesilapan aku selama ini. so dibulan yg mulia ini kita kurangkan melakukan perkara yg bleh mendatangkan dosa. klu bleh stop je la. so selamat berpuasa dan lawatilah pasar2 ramadhan yg berdekatan. opps silap lawati masjid2 berdekatan dan tunaikanlah solat tarawikh.