| Sorry Madam Susanti |

khas untuk sue:
mungkin ko dah baca pasal post aku sebelum nie, kenape aku xdapat hadir majlis ko. nie semua salah bond, die paksa aku ikot die ke Kelantan. aku terpaksa. aku minta maaf byk2, jgnlak nanti aku nye majlis ko xnak datang la. xbaik dendam2 tau. heeehehe sorry2.

tp aku mmg benci korang semua sbb senang2 je korang kawen. aku gak masih single tp.... hehheh3 tahniah korang. aku cuba datang setiap majlis yg korang jemput tp klu aku ader hal lain maybe xdpt dtg la.

tahniah buat zuriati razak aka kecik. classmate aku.

tahniah kepada siti hafiza abu bakar. officemate aku.

tahniah korang semua. so harap sesiape yg xkawen lagi jgn lupa jemput aku dtg majlis korang. dan yg aku xhadiri pulak jgn la kecil hati lak. sorry sgt2.

| Tour de' Kelantan 2010 |

akhirnya aku berjaya menjejaki kaki ke kelantan. satu2 negeri disemenajung malaysia yg aku xpernah pergi selama 25 tahun aku hidup. hanya dengan merancang secara main2 akhirnya menjadi kenyataan.

17 april 2010. kul 12.30 tengah malam. dengan menaiki sebuah kenderaan mpv - grand lavina milik abg ipar khairul faizi aka bond, rombongan yang disertai ahmad zaid, khairil, firdaus nawama, aku dan bond telah bertolak dari sentulville.

perjalanan yg jauh walaupun kuala lumpur - kota bahru hanya 450 km tetapi tiade highway telah menyebabkan perjalanan selama 7 jam dan tiba di kota bahru pada 7.30 pagi. benda pertama ialah sarapan dulu. menu aku pagi tue nasi gulai ayam kampung. huhuhu.. then col tuan rumah homestay teratai di jalan tembak. nak check in dl. dah penat sgt. bontot pun dah kebas dul lame2.

tiba kat homestay then tido. ader air-con lak tue semua bilik. menyedapkan lagi sesi tido pagi. perghhh.. bahaya tido lame2 kang rugi lak mase kat sini. siap2 nak gie makan tengahari dl. lapar2.. then kawan bond datang jemput, bw gie makan kat restauren nasi ulam - cikgu cawangan muzium kelantan. punye la ramai kat kedai nie. aku xtahu ape yg special tp aku angkat je semua lauk. okey gak lauk2. yg penting 6 org mkn RM45.

dah kenyang, apelagi gie berjalan la. gie pengkalan kubor. otw nampak patung budha besar kat area tumpat kot. besar mcm patung digi kat batu cave. kat pengkalan kubor xde ape2 menarik. hampa... tp perjalanan mesti diteruskan, pergi ke rantau panjang. perghh meriah siot mcm padang besar. jersey menjadi pilihan. world cup nak dekat.

hari pon nak magrib, balik umah dulu la mandi2 dan perut pon dah lapar. cr kedai mkn. jmp kedai nasi kukus zaemah kat sekitar muzium perang. mmg menjilat jari la nasi kukus makcik nie. kuah ngan ayam goreng yg sedap. siap tambah lagi. makan puas2. bkn selalu dpt peluang dtg sini pon.

dah kenyang, sesi berjalan diteruskan. kali nie ke wakaf che yah yg sungguh popular tue. ape ader ek? rupa2 pasar malam yg sgt panjang dan sesuai untuk kaum2 ibu membeli belah. tp ade gak aku beli iaitu toto tuk mama, mama kte klu harga bawah RM30 bleh la. aku nampak harga RM26, ape lagi terus beli la.

berjalan pun penat gak. so kedai minum kena cari. so bond ajak lepak pantai cahaya bulan. pekena air botol soda best gak. kena angin laut. masing2 dah layu je.. baik balik tido lebih baik. klu ader awek xpe gak. hehehhe

tengah hari dah check out. masa untuk pulang. tp kali nie lalu terengganu. nak beli keropok skit. ntah kali nie aku xtahu mcm maner perjalanan sbb aku asyik tido je. penat2. aku sedar dah smp kedai jual keropok. aku sedar kat kawasan petronas. yg ader api besar tue. sedar lagi dah sampai kedai makan. lapar2.. makan puas2, budjet byk lagi nie.

akhirnya tiba di sentulville kul 1.30 pagi. wah penatnya. lagi 4 jam aku nak gerak balik melaka. wahh bosannye. nak keja. yg penting semua selamat. alhamdulillah.