| When In Damsyik |

tekak aku nie asyik mengidam nak makan nasi arab damsyik kat senawang. tiap kali aku ngok pic nie mesti menyebabkan aku menelan air liur memikirkan kesedapan nasi nie. tiap kali balik kl klu jln xsesak sgt, papa sering singgah tuk bungkus nasi bawa balik mkn bersama.

Nasi Arab Damsyik di Senawang, Negeri Sembilan

klu xsilap aku 2 minggu lepas, aku bawa che-on, zaid, kril ngan tepet gie mkn kat sana. dah semua bleh pakat xmkn tengahari dan maing2 perut kebulur time tue smp kat senawang kul 6ptg. dah mcm zombie msg2 dlm keta.

smp2 je terus order menu: Khamsa (5) Set Ayam + Kambing RM 80 Teh Shai (1 jug) RM 10 dan Manggo Lassi (1 jug) RM 28. hanya memerlukan 5 minit tuk makanan tiba dimeja kami dan kami hanya memerlukan 10 minit tuk menghabiskan semua makanan itu.

aku sedar ader meja sedang memerhatikan kitaorg yg gelojoh mkn smp smp berborak. mmg mcm sebulan xmkn bdk2 nie kot. balik2 je masing2 dah nyanyi lagu arab akibat keracunan mkn nasi arab nie. maybe dlm masa terdekat nie aku nak gie lagi tp ngan buchuk. lapar2

| Go Wonder Pet |

sabtu ari tue duk umah sentulville menonton tv sambil kebosanan xtahu nak ngok ape, then belek la satu2 channel. then ader citer wonderpet, mmg aku xpernah tengok cite nie tp tahu la pasal lagu cite nie.

then tiba2 aku tergelak teringat kate2 buchuk, "mane kawan2 wonderpet awak?" time tue aku xfaham ckp die. buchuk ckp: "yang hamster tue u sbb perut u bulat, itik tue azmin sbb kulit cerah dan kura2 tue si sudik sbb x comel", "kan korang selalu kuar mlm same2 nak gie minum kat kedai mamak ataupon gie cuci mata ngok awek seksi2"

cehh.. bile aku ngok cite jadi lebih lawak sbb aku bayangkan aper yg buchuk ckp.then akau bayangkan setiap kali wonderpet gie selamatkan haiwan lain mcm kitaorg gie jmp bdk2 ofis lain nak lari dr umah sbb bini nak ikot kuar gak. tiap2 mlm kuar ngan alasan ader kerja. hahhahaa nanti aku akan rasa keadaan tue gak. hahahahaaa

| Freak Show |

akhirnya setelah 2 tahun pemasangan, perbincangan dan beberapa kali berubah lokasi, LED TV Batam-MICTH telah beroperasi sepenuhnya di Simpang Kabil, Batam Indonesia.

LED TV Di Simpang Kabil, Batam

melalui hubungan baik Kerajaan Negeri Melaka - Dunia Melayu Dunia Islam - Pemerintahan Kota Batam, LED TV Batam-MICTH telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka dan Gabenor Riau.

rasa puas ati hasil titik peluh team teknikal syarikat aku melihat LED TV ini telah siap. akhirnya ader hasil kerja aku keluar dr malaysia. klu korang nak ngok kena gie batam. naik feri dr stulang laut gie balik baru RM120.

jgn risau ramai rakyat malaysia kat sana dan korang xterasa asing kat sana. mcm bdk ofis aku tiap2 minggu gie batam dah mcm balik kampung je. smp cakap indonesia pun dah fasih. buku passport penuh ngan cop gie batam. hehehee..

Jambatan Barelang, Batam

| I'll Never Be Back |

ramai org ckp pasal i-city kat shah alam. mcm menarik tempat tue. tp bg aku. sgt membosankan! xder aper menarik dengan pokok berlampu kat situ. tp awek aku nak sgt pergi tempat tue. yg penting dia happy.

tp untuk couple, mungkin menarik tuk ambil gambar. alang2 dah dtg dr jauh, rugilah klu xbergambar kat situ. tp penat la nak berjalan jauh2 dr parking dan arah ntah kemana2. tiada kaunter pertanyaan. pengawal keselamatan warga asing yang merepek je ckp dlm bahasa inggeris. damn!

bg aku kat melaka pon dah cukup byk lampu2 led kat pokok, bangunan dan sungai. xpercaya bleh gie kat rivercruise kat sungai melaka. lagi pon aku kerja dlm bidang led dan mungkin xmembuat benda nie nampak menarik dimata aku.

tiga org dlm department aku yg pergi kat i-city telah menyatakan tempat tue xmenarik langsung. mungkin tempat tue xsiap sepenuhnya tp kenape xsiapkan dl br buka tuk public. kat bawah nie picture kat sungai melaka. yg penting ianya percuma tuk bergambar.

yg penting klu bergambar di melaka pada waktu mlm, lepas tue bleh pekena asam pedas kota laksamana dl. lg best! balik umah terus tido dgn perut kenyang.