| The King And I |

papa dpt pinggat dr kerajaan melaka. ingat shah rukh khan je dpt datuk. papa pon bleh dpt la. tahniah papa diatas penerimaan pingat bakti masyarakat (PBM) dari kerajaan negeri melaka.

tidak sia2 kerja papa selama ini telah dihargai seperti, walaupon pinggat xdpt sebarang duit atau elaun pon tp sudah cukup buat diri dihargai. moga2 tahun depan dpt lagi. hehehehe

| When In Damsyik |

tekak aku nie asyik mengidam nak makan nasi arab damsyik kat senawang. tiap kali aku ngok pic nie mesti menyebabkan aku menelan air liur memikirkan kesedapan nasi nie. tiap kali balik kl klu jln xsesak sgt, papa sering singgah tuk bungkus nasi bawa balik mkn bersama.

Nasi Arab Damsyik di Senawang, Negeri Sembilan

klu xsilap aku 2 minggu lepas, aku bawa che-on, zaid, kril ngan tepet gie mkn kat sana. dah semua bleh pakat xmkn tengahari dan maing2 perut kebulur time tue smp kat senawang kul 6ptg. dah mcm zombie msg2 dlm keta.

smp2 je terus order menu: Khamsa (5) Set Ayam + Kambing RM 80 Teh Shai (1 jug) RM 10 dan Manggo Lassi (1 jug) RM 28. hanya memerlukan 5 minit tuk makanan tiba dimeja kami dan kami hanya memerlukan 10 minit tuk menghabiskan semua makanan itu.

aku sedar ader meja sedang memerhatikan kitaorg yg gelojoh mkn smp smp berborak. mmg mcm sebulan xmkn bdk2 nie kot. balik2 je masing2 dah nyanyi lagu arab akibat keracunan mkn nasi arab nie. maybe dlm masa terdekat nie aku nak gie lagi tp ngan buchuk. lapar2

| Go Wonder Pet |

sabtu ari tue duk umah sentulville menonton tv sambil kebosanan xtahu nak ngok ape, then belek la satu2 channel. then ader citer wonderpet, mmg aku xpernah tengok cite nie tp tahu la pasal lagu cite nie.

then tiba2 aku tergelak teringat kate2 buchuk, "mane kawan2 wonderpet awak?" time tue aku xfaham ckp die. buchuk ckp: "yang hamster tue u sbb perut u bulat, itik tue azmin sbb kulit cerah dan kura2 tue si sudik sbb x comel", "kan korang selalu kuar mlm same2 nak gie minum kat kedai mamak ataupon gie cuci mata ngok awek seksi2"

cehh.. bile aku ngok cite jadi lebih lawak sbb aku bayangkan aper yg buchuk ckp.then akau bayangkan setiap kali wonderpet gie selamatkan haiwan lain mcm kitaorg gie jmp bdk2 ofis lain nak lari dr umah sbb bini nak ikot kuar gak. tiap2 mlm kuar ngan alasan ader kerja. hahhahaa nanti aku akan rasa keadaan tue gak. hahahahaaa

| Freak Show |

akhirnya setelah 2 tahun pemasangan, perbincangan dan beberapa kali berubah lokasi, LED TV Batam-MICTH telah beroperasi sepenuhnya di Simpang Kabil, Batam Indonesia.

LED TV Di Simpang Kabil, Batam

melalui hubungan baik Kerajaan Negeri Melaka - Dunia Melayu Dunia Islam - Pemerintahan Kota Batam, LED TV Batam-MICTH telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka dan Gabenor Riau.

rasa puas ati hasil titik peluh team teknikal syarikat aku melihat LED TV ini telah siap. akhirnya ader hasil kerja aku keluar dr malaysia. klu korang nak ngok kena gie batam. naik feri dr stulang laut gie balik baru RM120.

jgn risau ramai rakyat malaysia kat sana dan korang xterasa asing kat sana. mcm bdk ofis aku tiap2 minggu gie batam dah mcm balik kampung je. smp cakap indonesia pun dah fasih. buku passport penuh ngan cop gie batam. hehehee..

Jambatan Barelang, Batam

| I'll Never Be Back |

ramai org ckp pasal i-city kat shah alam. mcm menarik tempat tue. tp bg aku. sgt membosankan! xder aper menarik dengan pokok berlampu kat situ. tp awek aku nak sgt pergi tempat tue. yg penting dia happy.

tp untuk couple, mungkin menarik tuk ambil gambar. alang2 dah dtg dr jauh, rugilah klu xbergambar kat situ. tp penat la nak berjalan jauh2 dr parking dan arah ntah kemana2. tiada kaunter pertanyaan. pengawal keselamatan warga asing yang merepek je ckp dlm bahasa inggeris. damn!

bg aku kat melaka pon dah cukup byk lampu2 led kat pokok, bangunan dan sungai. xpercaya bleh gie kat rivercruise kat sungai melaka. lagi pon aku kerja dlm bidang led dan mungkin xmembuat benda nie nampak menarik dimata aku.

tiga org dlm department aku yg pergi kat i-city telah menyatakan tempat tue xmenarik langsung. mungkin tempat tue xsiap sepenuhnya tp kenape xsiapkan dl br buka tuk public. kat bawah nie picture kat sungai melaka. yg penting ianya percuma tuk bergambar.

yg penting klu bergambar di melaka pada waktu mlm, lepas tue bleh pekena asam pedas kota laksamana dl. lg best! balik umah terus tido dgn perut kenyang.

| Sometimes It's Scary Over Thinking |

hari ini semua semua perkatakan kemenangan malaysia merangkul piala suzuki. semua org, xkira bangsa, agama, muda dan tua, mereka semua ambil berat pasal bola sepak. yg paling menarik, semua org kat ofis dah hilang sbb esok cuti.

dlm facebook ramai org kate klu kite menang piala suzuki dpt cuti sehari, klu kite menang world cup mungkin cuti seminggu. hahahhaa tp best ape xder org asyik nak kutuk pasukan malaysia. klu 4 tahun lepas mungkin xder org tahu nama striker malaysia tp mungkin malam td semua org dah hafal semua nama pemain termasuk jurulatih kot.

akibat semangat kesukanan, xder lak nampak depa gado tp contoh penyokong kat dlm gambar kat atas. kerja asyik nak gado je. ofis aku nie dah mcm sekolah je. asyik2 nak bermain2 je bdk nie. xnampak mcm ofis gomen pon.

mlm td abis je bola gie kuar mkn. pastu bosan xtahu nak buat ape. ape lagi cr tempat urut la.. tp jgn fikir bkn2. aku, sudik ngan arzmien gie urut kat kerusi ajaib. RM1 utuk 3 minit. RM 5 tuk 15 minit dan RM 10 tuk 30 minit.

sedap gak duk kat kerusi nie. terasa selesa gak selepas sakit badan akibat bermain futsal ari tue. tue la malas sgt nak bersukan. masuk2 padang futsal dah mcm nak pengsan pun ader.

jumaat cuti. nak buat pe ye? mungkin xbalik kl minggu nie tp bosan lak. dua hari lagi tahun baru 2011. aku nak ucapan Selamat Tahun Baru 2011 kepada korang semua yang baca blog aku. so skrg aku nak fikir apekah rancangan aku tuk cuti esok.

| Pujaan Malaya |

jika anda terserempak ngan jejaka2 didalam gambar dibawah, sila berhati2 kerana mereka akan menyamar sebgai lelaki2 single walaupon masing dah ader awek. hahahhaa

acara terbaru bdk2 ofis aku mengeteh kat subaidah jalan hang tuah, sambil mencari peluang lepak berdekatan meja2 awek cun bersebelahan. bkn nak ngorat pon tp sekadar mencuci mata melihat awek2 cun. kat ofis semua dah kawen. bile lagi nak ngok awek2 cun.

oh malam nie, malaysia lawan indonesia. final pusingan ke 2 kat indonesia. semoga pasukan malaysia membawa kemenangan buat kali pertama. tp sekurangan tahun nie seluruh rakyat malaysia bersatu padu menyokong. xder la balik2 cerita kegemilangan bola sepak zaman 80-an. je.

| One Pair Of Candy Lips |

akhirnya dapat gak hadiah birthday aku dr si buchuk ku. thank u very2 much. walaupon lambat dpt tp aku sgt happy.

Puma Shoe Comp Star (Tennis) dibeli di Al-Ikhsan Mahkota Prade.

| And The Great Knight Kill All Alone |

ape yg seronok kite lakukan selepas abis kerja, jika kita masih bujang? main lucky ball? karaoke? lepak kat bistro sambil ngorat awek? hah? yg no 3 tue menarik. lagi pon awek aku faham perangai aku. die tahu aku akan jaga batas pergaulan aku ngan mane2 perempuan. tp awek maner xcemburu. hahahaha

balik2 kerja jmp budak ofis lagi. balik2 cite pasal hal ofis. bosan maa... dah la tension kat ofis. lepas waktu kerja pon nak tension gak ker? tp kenaper nak jadi mcm ahli politik yg suka mengkeji sesama. walaupon depan org kite profesional tp di belakang, masing2 mengkeji masing2.

mungkin kite ader salah yg pada seseorg tp kenape xbleh face2 to face ckp. kenaper nak jadi mcm budak2 atau perempuan yg suke mengutuk di belakang. dulu masa zaman MLM dah start berpuak2. yg puak MLM sibuk menjaga kebajikan sesama sendiri.

masing2 dah dewasa dan ramai kawan2 aku lebih tua dari aku. mungkin aku xberfikiran matang seperti korang tp lebih baik aku lepak ngan org yg xberfikiran matang mcm aku. xder serabut otak aku tuk fikir masalah org lain.

biar org dengki ngan kita tp jgn la kite dengki ngan org lain. kite ckp org tue teruk tp sebenarnya kite same je. kite kate org tue pemalas dan suka curi tulang tp ader lain atau same ngan kite yg suka curi masa dan kemudahan untuk membuat bizness sendiri atau utk kepentingan sendiri.

dlm hidup seharian kite. mmg telah diajar utk hidup dlm dunia politikus. kite jgn kate politik untuk org politik tp masih ader politik tempat kerja. klu kite rapat ngan puak2 managemant teratas yg dapat mengcontrol situasi. mmg kite terasa terasing. klu kite ambil mudah je. kite juga yg susah.

kite suka pilih kawan yg bleh memberi kesenangan bersama. mungkin yg dpt membantu beri wang. buat ape cari kawan2 yg suka beborak kosong mcm aku. bile bercerite pasal duit. kawan baik pon bleh ditindas.

tp baru nie aku tertarik ngan kate2 kawan aku. "ckp die mcm die lah manusia no 10 terkaya kat malaysia" hari2 cite pasal duit pon bosan. mmg duit bleh membahagiakan kite tp jgn la kite terlalu rakus mencari wang smp kawan2 terasa ati.

sekarang aku part time kerja sebagai pembasuh pinggan kat kedai member aku. hahaha seronok maa.. bile2 mase xnak kerja pon bleh.

| Help Me Up And Shine Up My Life |

musim cuti sekolah dah bermula. dan melaka kembali sesak dengan pelancong. klu gie ngok wayang pon penuh ngan keluarga. dlm panggung. mcm nak pecah la panggung. ari tue aku ajak awek aku gie ngok wayang dan beberape officemate ngok cite "Hantu Mak Limah Pulang Ke Rumah"

sudiman, ila, krel, lisa, aku, buchuk dan 4 org anak buah awek aku pon juga. buchuk bleh angkot budak2 tue sekali gie ngok wayang. adui.. potong stim btol nak dating berdua2an. tp sbb si nani yg byk mulut nie buat aku gembira. dah diorg panggil aku pakcik. damn! aku xabis2 silap panggil diri aku abg. xbiase ngan status pakcik.

movie yg best utk ditengok sekali je. klu tengok 2 kali mungkin aku menyampah. tp mcm biase la cerita mamat khalid. ending mesti pelik2. nak menyumpah pon ader. tp kate2 sindiran mmg terbaik.

balik tue dah mcm bawa anak2 gie jalan2. sudik ngan krel mmg kutuk dan gelak aku kaw2 la. mmg. then lepas ngok wayang, lepak makan kat asam pedas kota laksamana. masing2 perut dah lapar. kuar wayang kul 10 mmg dah kebulur la.


aku dah janji ngan nani nak bawa die naik river cruise. then smp2 kul 11 still buka lagi lak. adui kenape la x tutup lak. nasib baik kanak2 rm5 je. bleh la aku belanja. sudik ngan ila pon aku tarik ajak naik. tp mlm2 pon still ramai lagi yg naik river cruise. mmg kaya la perbadanan sungai dan pantai melaka.

nie kali ke 2 aku naik river cruise. tp kali nie menarik sbb xpernah aku tahu pasal kampung morten ader bela biawak 5 ekor yg besar2 dan gemuk2. siap kerajaan negeri bagi elaun rm 900 untuk biawak. perghh mmg gemuk dan pemalas la biawak nie.

gambar kat bawah. time buchuk bawa depa naik buggy kat taman rekreasi ayer keroh. selama nie aku ngok je org naik benda nie. mcm bosan je. tp rupa2 nye seronok gak. selama 30 minit perjalanan. tp diorg bg ride selama 40 minit. jika lewat rm5 akan dikenakan sebagai penalti.

bak kate nani "melaka syok!" mmg la die dpt jln2. klu xdie kena tinggal kat umah. cuti sekolah klu duk rumah mesti bosan ek! tp aku dah bosan kerja. nak gie bercuti. atau aku dah bosan dengan kerja yg aku buat nie?