| It's All Blur Last Night |

hari isnin sememangnya hari yg paling malas nak bekerja. hari yg mmg lemau giler nak buat aper2 kerja. mlm td tido lewat ngok man united seri ngan fulham. pastu layan "two and half men" dan " how i met your mother" kat chanel 711. kul 4.30 dah bgn sahur then kul 6 bertolak balik ke melaka. 7.30 smp kat ofis.

check email, update fb dan berita bola. ahhh baru kul 8.00. xtahu nak buat ape? kerja pon xder. tido2 mari kita tido kat ofis. tue member aku smp2 ofis trus tido kat sofa. ape lagi mari kita join tido!

tahun nie bulan puasa masih blum ader satu jamuan berbuka bersame kawan2 xkira kawan2 kat melaka, bdk2 sentul, ex- classmate dl ker? pelik gak tahun nie... mcm dah xmeriah mcm dl. masing2 bz kerja or dah ader komitmen? oohh lupa lak ngan awek aku pon blum berbuka puase same2. gie bazaar ramadhan same2 pon blum lagi. teruknya aku tahun nie... ape yg aku fikir sebenarnya nie? otak ku xberfungsi lagi ker?

| Selamat Berbuka Puasa |


kisah benar dari kawan2 aku.
ade member aku, first time puasa kat umah mertua. time berbuka dah tiba. semua ahli keluarga berkumpul kat meja makan. azan pun berkumandang menandakan waktu berbuka puasa. bapak mertua member aku pun minta menantu baru dia nie, iaitu member aku nie tuk baca doa berbuka puasa. lalu die dengan tidak teragak2 menadah tangan dan mengucapkan.... " sahaja aku berbuka puasa kerana Allah s.w.t" amin.

semua orang terpegun lalu terus ketawa besar... member aku pun tunduk malu mengakui kesilapan nye. aku bkn nak memalukan beliau ngan cerita ini tp sebagai nasihat kepada diri aku sendiri, mungkin xlame lagi aku sendiri akan merasai pengalaman sebegitu. mungkin bakal bapak mertua aku suru baca doa berbuka puasa pastu jadi imam ker? maner tahukan.. kita nie lelaki mmg menjadi tanggungjawab sebagai pemimpin keluarga. so get ready!

kat sini aku sediakan niat puasa dan doa berbuka puasa sebagai rujukan.

Niat Puasa

"Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan
tahun ini kerana Allah Ta’ala"


Doa Berbuka Puasa

"Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki
Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang."

p/s: walaupon kitaorg sering sahur same tp betol ke dia reti niat puasa. aku sering tanye dia tp xnak jawab. mungkin malu tetapi sampai bile?

| Eidul Ramadhan |

tahun ke 4 di melaka bermakna aku dah 4 tahun berpuasa di sini. tp tahun paling sunyi kot. sbb skrg dah xder housemate. semua dah berhijrah kuar dr melaka atau dah berumahtangga. xder member nak gie pasar ramadhan same2, buka puase same2 dan paling penting gie sahur same2. bile fikirkan benda nie mmg sedih. last year mmg best. semua benda menarik. semua org xder komitmen. just enjoy ur life.

tp ape2 hal pun kite masih ader kawan2 lain. so kite masih bleh enjoy tp mungkin xsemenarik dl. malam sebelum puase aku ngan budak2 ofis kuar gie mkn asam pedas claypot kat kota laksamana. then bleh timbul idea nak jalan2 kat jonker street walaupon jonker street xbuka selain pada hari jumaat -ahad.

tp menarik gak. byk lorong2 kat situ yg kitaorg xpernah masuk yg sememangnye ader kedai2 menarik. ape lagi org pon xder. bleh la bergambar. xder la tokey kedai marah. mmg nampak je benda2 pelik terus nak bergambar. pesanan penaja: jika ingin melihat lebih gambar sila layari facebook pemilik blog nie.

so kepada pembaca2 blog aku nie, maybe korang kenal aku dan aku ingin ambil kesempatan untuk memohon maaf atas kesilapan aku selama ini. so dibulan yg mulia ini kita kurangkan melakukan perkara yg bleh mendatangkan dosa. klu bleh stop je la. so selamat berpuasa dan lawatilah pasar2 ramadhan yg berdekatan. opps silap lawati masjid2 berdekatan dan tunaikanlah solat tarawikh.

| Knock Down The Wall |

bulan puasa dah dekat. tp aku mempunyai perancangan sebelum bulan puasa supaya dapat bergaya segak tuk hari raya. antaranya ialah:

1. bermain ping-pong kul 6.00 ptg - 7.00 ptg
2. bermain tennis kul 9.00 mlm - 10.00 mlm

hope semangat bersukan ini akan berjaya selama 2 minggu nie. chayok2! bermula mlm nie aku nak main tennis.

| Shut Up and Put Your Money |

aku dah lame xlepak minum2 ngan budak2 sentulville. pastu belek2 fb nampak picture depa main badminton. teringat lak cabaran che on nak cari blog aku. tp smp sekarang die xjmp blog aku kot. so untuk menjadikan cabaran nie menarik, aku nak publish cerita psl die baru best nak cari. just searching for ZAIRULHISYAM BIN ZAKARIA

khas untuk che on:
aku sertakan juga info pasal ko kat blog aku supaya ko menjadi lebih popular dimasa hadapan. huuhuhuh..

oh lupa lak, tuk sesiape yg berminat ngan mamat nie, bleh la hubungi sy or anda bleh carinya di laman so"sial" facebook. masih single dan kaya.

| Staring at The Sun |

time nie aku dah abis kerja. ingat nak rileks2 update blog. rasa bosan bile life xmenentu nie. bosan asyik fikir ari2 masalah yg same. tp dah 2 tahun aku mengadap benda yg same. perlukan cabaran baru dlm hidup.

mcm new season premier league nak start. manchester united pun dah lancar baju baru. last season pun xbeli lg.. tp mahal sgt tuk sehelai baju. mampu ker?

manager2 kat ofis aku nie duk asyik memekak pasal meeting management yg tengah berlangsung. masing2 kena marah. aku duk sini pon dah naik pening dengar kehebatan company aku berfungsi. 10 nama staff nak kena buang dah kuar. untuk membantu company mengurangkan kos perbelanjaan, staff kena berkorban tuk menjamin syarikat terus maju saing.

jgn sekali2 mengeluarkan statement yg memburukan kan ofis, kerana disitu kite cr makan tp aku faham perasaan sesetengah org yg sgt stress yg kerja kat sini. smp nak makan bleh terbantut sebab kerja. cian kan? cari lah sesuatu yg bleh melupakan tekanan sebentar walaupun ia xkan selesai selagi kite x selesaikan.

sedangkan bercinta pun bleh bergado mcm org dah kawen. hari2 gado tp tetap bersama lagi, pelikan cinta. kat ofis aku je mcm2 jenis masalah percintaan berlaku. sampai cinta tiga segi pun ader. masing2 ckp dah punya pengalaman cinta 100 tahun tp bile ngok mcm budak2 pun ade. melaka bkn besar mane tp byk kali kantoi ngan member2 pasal mereka. memang seronok. klu buat buku, mesti laris lah, kalah lagenda budak setan.

bile tension aku buat aper?

merujuk pada gambar diatas, iaitu En Takuya Kimura. aku ader koleksi drama cite mamat nie berlakon seperti Beautiful Life, Good Luck, Hero, Pride, Engine, Change dan Mr Brain. aper yg menarik cite2 nie bleh membuatkan bersemangat tuk 3 hari je. hahhahaha. bile aku tension, suke ngok drama2 jepun nie sbb aku mesti lupa masalah aku kejap.

yang aku tahu mcm maner nak selesaikan masalah tension perempuan... shopping? tp mahal. makan? murah dan aku bleh join sekali. bile awek aku tension mesti bw die gie makan. best2 bile makan, perut kenyang, hati pun senang.

aku ngah tension nie. malam nie aku nak makan byk2. baru puas ati!

| Back to School |

tema bunga2 cinta. aku mmg xfaham tema ape nie? aku telah di"invite" di fb untuk perjumpaan reunion bdk2 sekolah aku. tp aku x reply pon. last2 dak cimi col aku ajak dtg kat pengkalan balak. minggu tue aku xbalik kl, so bleh la join.
sampai kul 5, ader si chomel, dak lin, nadwa, sukor, dak piut, jawahir, si cimi dan beberape org yg aku xberape kenal. mmg petang tue perut aku lapar. sampai ader makanan.. perghhh makan dl la. hahhaa borak2 dan masing telah mempunyai kerjaya dan keluarga sendiri. aku aper yg ader? masih yg same dl ker?

yang penting petang tue semua happy, dah lame sgt xjumpa. 3-5 tahun kot. tp yg pasti semua size dah nak same. hahahhaha borak2 smp nak kul 7, baru nak gerak balik.

next time nak buat reunion lg, tp kat tempat lain kot. hope bleh jmp lagi. see ya!

| Dude, Where's My Car? |

mula2 friendster pastu blog dan sekarang facebook. tp sekarang semua org dah ketagih fb smp 24 jam nak ber'fb'. kini dah ade fb mobile. lagi la, kejap2 nak update status. aku pon dah x update blog akibat sekarang balik awal kerja. pastu ckp esok2 la update. dah smp sebulan br nak ingat.

pic kat bawah nie kat carl's sunway piramid. first time aku makan, giler mahal. xtahu la korang yg kaya nie dah biase makan. tp bg aku mmg mahal la tue burger sebiji nie yg xseberape besar nie.

dlm mase 2 bulan nie dpt gak aku ngan buchuk spend ngok movie Iron Man 2, Prince of Persia dan Day and Knight. nanti xder la die ckp akulah boyfriend yg paling bosan di dunia. balik2 dating kat kedai makan. hehehhehe

bulan lepas firdaus nawama kawen. deminya aku ambil cuti dari ari khamis tue menghadiri majlis nikah, doa selamat, kawen. aku jd driver die, dpt la aku bw wish. poyo mcm keta sendiri.

bile aku ngok video pre-wedding diorg kat fb, mcm nak juga ader majlis kawen mcm diorg tp modal nya sgt tinggi. nak bayr LyndaRahim je dah xmampu. maybe klu ader sponsor bleh kot. hahahha insyallah klu mampu...

| Sorry Madam Susanti |

khas untuk sue:
mungkin ko dah baca pasal post aku sebelum nie, kenape aku xdapat hadir majlis ko. nie semua salah bond, die paksa aku ikot die ke Kelantan. aku terpaksa. aku minta maaf byk2, jgnlak nanti aku nye majlis ko xnak datang la. xbaik dendam2 tau. heeehehe sorry2.

tp aku mmg benci korang semua sbb senang2 je korang kawen. aku gak masih single tp.... hehheh3 tahniah korang. aku cuba datang setiap majlis yg korang jemput tp klu aku ader hal lain maybe xdpt dtg la.

tahniah buat zuriati razak aka kecik. classmate aku.

tahniah kepada siti hafiza abu bakar. officemate aku.

tahniah korang semua. so harap sesiape yg xkawen lagi jgn lupa jemput aku dtg majlis korang. dan yg aku xhadiri pulak jgn la kecil hati lak. sorry sgt2.

| Tour de' Kelantan 2010 |

akhirnya aku berjaya menjejaki kaki ke kelantan. satu2 negeri disemenajung malaysia yg aku xpernah pergi selama 25 tahun aku hidup. hanya dengan merancang secara main2 akhirnya menjadi kenyataan.

17 april 2010. kul 12.30 tengah malam. dengan menaiki sebuah kenderaan mpv - grand lavina milik abg ipar khairul faizi aka bond, rombongan yang disertai ahmad zaid, khairil, firdaus nawama, aku dan bond telah bertolak dari sentulville.

perjalanan yg jauh walaupun kuala lumpur - kota bahru hanya 450 km tetapi tiade highway telah menyebabkan perjalanan selama 7 jam dan tiba di kota bahru pada 7.30 pagi. benda pertama ialah sarapan dulu. menu aku pagi tue nasi gulai ayam kampung. huhuhu.. then col tuan rumah homestay teratai di jalan tembak. nak check in dl. dah penat sgt. bontot pun dah kebas dul lame2.

tiba kat homestay then tido. ader air-con lak tue semua bilik. menyedapkan lagi sesi tido pagi. perghhh.. bahaya tido lame2 kang rugi lak mase kat sini. siap2 nak gie makan tengahari dl. lapar2.. then kawan bond datang jemput, bw gie makan kat restauren nasi ulam - cikgu cawangan muzium kelantan. punye la ramai kat kedai nie. aku xtahu ape yg special tp aku angkat je semua lauk. okey gak lauk2. yg penting 6 org mkn RM45.

dah kenyang, apelagi gie berjalan la. gie pengkalan kubor. otw nampak patung budha besar kat area tumpat kot. besar mcm patung digi kat batu cave. kat pengkalan kubor xde ape2 menarik. hampa... tp perjalanan mesti diteruskan, pergi ke rantau panjang. perghh meriah siot mcm padang besar. jersey menjadi pilihan. world cup nak dekat.

hari pon nak magrib, balik umah dulu la mandi2 dan perut pon dah lapar. cr kedai mkn. jmp kedai nasi kukus zaemah kat sekitar muzium perang. mmg menjilat jari la nasi kukus makcik nie. kuah ngan ayam goreng yg sedap. siap tambah lagi. makan puas2. bkn selalu dpt peluang dtg sini pon.

dah kenyang, sesi berjalan diteruskan. kali nie ke wakaf che yah yg sungguh popular tue. ape ader ek? rupa2 pasar malam yg sgt panjang dan sesuai untuk kaum2 ibu membeli belah. tp ade gak aku beli iaitu toto tuk mama, mama kte klu harga bawah RM30 bleh la. aku nampak harga RM26, ape lagi terus beli la.

berjalan pun penat gak. so kedai minum kena cari. so bond ajak lepak pantai cahaya bulan. pekena air botol soda best gak. kena angin laut. masing2 dah layu je.. baik balik tido lebih baik. klu ader awek xpe gak. hehehhe

tengah hari dah check out. masa untuk pulang. tp kali nie lalu terengganu. nak beli keropok skit. ntah kali nie aku xtahu mcm maner perjalanan sbb aku asyik tido je. penat2. aku sedar dah smp kedai jual keropok. aku sedar kat kawasan petronas. yg ader api besar tue. sedar lagi dah sampai kedai makan. lapar2.. makan puas2, budjet byk lagi nie.

akhirnya tiba di sentulville kul 1.30 pagi. wah penatnya. lagi 4 jam aku nak gerak balik melaka. wahh bosannye. nak keja. yg penting semua selamat. alhamdulillah.