| Tour de' Redang 2009 - Part 3 |

hari terakhir di Pulau Redang, bgn awal seperti semalam untuk sarapan pagi. berat giler badan pagi tue. sengal2 badan pun ade. yg xbleh bgn pon ade. kena check out bilik kul 9.00 am dan naik bot kul 11.30 am. xper la. bleh lepak2 kat pantai lagi. jgn lupa main ngan anak penyu yg sgt chomel tue.

sempat minum air kelapa kat tepi pantai sambil melihat pemandangan yg indah. mcm syg nak tinggalkan pulau nie. dah malas nak kerja. bot smp tepat pada masanye, ketika itu terlihat kelibat awek ala2 'agnes monica' yg telah menjadi awek pilihan utama di resort itu. dan die telah melambai kepada angah. oh tidak! dah nak balik br bg respond. bak kate che-on, angah the LOSER.


sampai jeti je, kami telah di jemput oleh En Zakaria yg mewakili En Lee untuk membawa kami ke airport. tp kami telah dibw berjalan2 sekitar Kuala Terengganu kerana flight kul 10.30 pm. sempat la membeli belah. yg paling penting keropok lekor.

seterusnya kami singgah sebentar makan di restoren nasi kukus special. menurut tour guide kami, disini mmg terkenal ngan nasi kukus nya. setelah makan tengah ari kami terus ke Muzium Terengganu dan Masjid Kristal. sempat menunaikan solat zuhur di masjid tersebut

meneruskan perjalanan ke Nur Arfa Batik House. mmg menarik dengan pekerja2 yg chomel belaka. zaid terpikat dgn kecantikan mereka sehingga terbeli songket yg agak mahal gak la. lepak minum ABC kat warung berdekatan. meneruskan perjalanan ke Masjid Terapung.

dan persinggahan terakhir di Pasar Payang yg popular untuk pengunjung ke Kuala Terengganu. popular ngan kerepek2 yg murah disini. tp skrg musim durian, penuh ngan penjual durian di hadapan Pasar Payang. dan perjalanan kami tamat di Lapangan Terbang Sultan Mahmud KT.

penerbangan pada kul 10.30 pm dan tiba di LCCT pada 11.20 pm dan terus menaiki bas ke KL Sentral. tepet dah tunggu kami untuk membawa kami pulang ke Sentulville. alhamdulillah semuanya selamat dan berjalan lancar. xsabar untuk melakukan pecutian seterusnya.

tp aku rindu buchuk. dah seminggu aku xjmp die. xkire mengamuk die lagi time aku kat redang. tp aku dah belikan die hadiah. maybe kurang marah kot buchuk nanti. kulit dah hitam. tido sepuasnya pada hari ahad. wah penat nya tp berbaloi.

3 comments:

  1. sape cakap i x marah ha???mestila i marah...
    u belikan i t-shirt ngan kopok jer...i marah ni..marah ni...kedekut!!

    ReplyDelete
  2. marah jgn tak marah, pergi dah la tak ajak u kan?kan?

    ReplyDelete
  3. woi2!!! xde sourvinier pon utk sku kan??????? :(

    ReplyDelete