| Tour de' Redang 2009 - Part 1 |

mulanye perjalanan Tour de' Redang pada 3.00pm dari Sentulville - KL Sentral - LCCT. sampai LCCT kul 7.00 pm. flight delay sejam kul 9.30 pm. lepas check in lepak minum dl kat asia delight. ngah tunggu flight, bleh lak gak jmp selebriti Adam AF nak balik Sabah.

sampai di Lapangan Terbang Sultam Mahmud Kuala Terengganu kul 10.20 pm. lepak mkn kat depan airport. nasi goreng 3 cik siti, nak tahu? order dl, br tahu. mlm tue adalah mlm ter'best' la sbb 6 org nie + 2 polis airport je ade kat airport tue. dan kitaorg buat airport nie mcm cite The Terminal.


sok pagi kul 8.30 pm, En Lee (agen) dtg ambil kitaorg utk dibawa ke jeti Kuala Merang. naik bot kul 9.30 am than tepat kul 10.00 am kami menjejaki kaki di Pulau Redang. Redang Kalong Resort nie la tempat yg akan kami abis kan mase 3 hari 2 malam dengan nilai RM 360

diberi keterangan dan jadual aktiviti oleh tuan punye resort sendiri. jadual agak padat gak la. ape? makan 5 kali sehari di sediakan? oh tidak, indahnye hidup nie. bilik pon bleh tahan, ader air-con dan air panas. dan byk gak ikan duyung ditepi pantai. menarik2.

masuk bilik dl. tido kejap sbb br jmp tilam dan bantal, kul 12.30 mkn tengah hari, agak mewah gak buffet. then get ready, untuk snokeling sesi 1.

dengan kagum nye aku melihat dasar laut dr atas kapal. ape lagi, terjun la. ikan kecik sgt byk, permandangan sgt cantik. walaupon panas tp aku dah pakai sun block tp mcm xder function je. arhh.. yg penting sekarang main ngan ikan2 dilautan.

semua sgt excited ngan aktiviti nie lagipon, zaid ader kamera yg bleh ambil gambar dlm air. lagi mengukuhkan bukti kami. huhuh3 suke3. lebih sejam gak dlm laut nie. paling lame che-on mmg xnak naik langsung kapal. kot2 die jmp ikan duyung.

smp resort je minum petang telah disediakan. lepas tue kami dibenarkan menggunakan kemudahan yg disediakan seperti ping-pong, bola tampar, kayak, mahjung dan ape je la yg ader kat situ. dengan kate lain selagi benda tue free, kami guna saje.

mlm tue gak ader bbq, ader kambing panggang, xlalu sgt nak mkn, bdn dah penat sgt. tp sumbat je dlm mulut. lepas tue ader karaoke. aper FREE? tp lagu org putih je la. lantak la, janji melalak gak. aku xtahu la bdk2 nie melalak smp kul berape sbb aku dah masuk tido awal. ngantok2. jom tido.

No comments:

Post a Comment