| Nothing Is Enough |

setiap org ader right man diorg. mcm aku skrg sejak sudiman xder kat melaka, kini hamdan dah jadi right man aku. kawan baik sejak 5 bulan lepas. sepanjang masa abiskan masa dengan die. awek aku pon bleh mengamuk klu aku asyik spend masa dengan hamdan je.

tiap2 mlm kuar same dan mkn malam pon same2. kate housemate aku. xkanla dah duk serumah tp masing2 buat hal masing2. kira okey la sekurang2 nya awek aku patot tahu yang aku kuar ngan lelaki dan bkn dengan awek mane2 pon. walaupon mmg xder awek yg akan kuar ngan aku. memandangkan pakej makin tidak menarik.

mmg seronok bile kite ader masa untuk hal lelaki je. walaupon bkn semua perempuan akan faham tentang perkara ini. kadang2 lelaki suka buat sesuatu tanpa ader perempuan. sebab lelaki xperlu nak hipokrit tentang byk benda. nak mkn ape, nak gie maner, xder duit pon. semua benda lagi mudah. tp kadang2 tue mula rindu kat awek masing bile nampak couple jln2 ngan awek masing.

tp semua nie xder masalah klu kite masing percaya kat pasangan masing2. buchuk xmarah aku kuar, tp dia suka kaco aku setiap 20 minit untuk memastikan aku xkan lupakan dia. hahaha miss u syg.

| If You Don't Get Enough |

sejak sudiman kerja kat pasir gudang, aku xpernah gie ngok die. nak gak tahu mcm maner kerja sebagai site manager? aku gie ngan hamdan gie buat lawatan mengejut kat dia.

aku xpasti mcm maner life kontraktor kat site. mmg memenatkan rupanya. walaupon aku baru duk 10 minit kat situ, mmg xtahan dengan cuaca. mmg rase nak baring tido je dlm kabin. rupanya ini la sbbnya si sudik asyik tido je. pagi2 bg briefing kat staff dan bos masuk kabin tido.

makan tido makan tido nie je la kerja die kat sini. maybe mlm2 gie enjoy. tp mane nak enjoynya klu kerja dr isnin ke ahad kul 9 hingga 9 mlm. income mmg masyuk tp life pandai2 la fikir.. lepas site nie siap, maybe sudik kena gie kat perlis lak. makin jauh lak. xper bro... perlis tunggu kitaorg dtg.

| My Body Don't Lie |

cuti raya dah abis, kena kembali bekerja. walaupon kite raya selama sebulan tptahun nie aku raya 2 ari je. tahun raya yg paling membosankan bg aku xtahu la kenaper tp raya ke-3 aku dah pulang balik umah sewa. bkn sbb xbleh dpt cuti, tp rase mmg malas nak beraya tahun nie. abaikan je. tp ape2 hal aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin kepada kawan2 semua.

raya ke-5 member kolej aku kawen kat muar. tahniah dan selamat pengantin baru kepada Mohd Huzaifah (jeap) dan Nadia. xsia2 aku kejar nadia dl kat bangunan mara tuk dptkan no. tel bg kat jeap. then sekarang korang dah jadi suami isteri. semoga berkekalan hingga akhir hayat. aku gie ngan si buchuk then smp sana jmp bond dan kwn2 die.

ape yg menarik iaitu aku baru tahu yg kawen belah johor nie kena byr tol sblm masuk rumah. pastu aku ngok umah nadia nie tangga punya tinggi. aku rase dkt 20 org bdk tunggu atas tangga minta dl tol dr pengantin lelaki. so klu jodoh aku kawen ngan org johor nanti, so pandai2 la pengapit aku nanti sediakan bayaran tol. hahhaha

then baru nie aku gie ngok movie ngan hamdan, citer hantu bonceng. mcm nak pecah perut aku gelak dlm wayang. mmg lawak citer nie. dah la pki nama buchuk. xker nak geli aku dgr. tp aku panggil aku buchuk gak. gelak2 smp mlm, si buchuk dah merajuk ngan aku. sbb abaikan dia. sbb aku selalu kuar ngan hamdan. dah dia je yg ader kat melaka nie. xkan aku nak kuar ngan pompuan lak kat melaka nie. kang jadi isu besar lak. mahu ke?

dialog yang best "oh my buchuk kena nasi kangkang" dan "dia baru je upload je bodoh". hahhaha

| It's an Addiction |

kenaper kiter bleh "TERlanjur"? nama pon TERlanjur, TER adelah untuk perkara tak sengaja, benda yang kite xder niat nak buat tp terjadi lak. mcm situasi saya TERlempang ko, asal nye xder niat nak buat tp dah TER gak, nak buat mcm maner. bleh x, kite jwb kat awek kite klu kantoi ape2 ngan die.

bulan puasa nie mcm2 perkara bleh kiter buat tak sengaja ataupon istilah tadi TER. contoh: TER makan la, TER minum la, TER lajak tido la dan mcm2 ter lagi yg wujud bulan puasa nie. tp sebenarnya benda nie dtg dr diri kita sendiri. bukan kite xbleh ubah perkara nie sblm terjadi ape2. tp satu perkara kite xbleh nak elak ialah, TERjatuh cinta lagi. hahahhaha bleh x?

alhamduillah setakat nie aku masih puasa penuh lagi, masih belum TERbocor lagi, walaupon ramai yg sanggup membantu aku mendapatkan bekalan makanan dan sanggup belanja aku lagi. menarik kan. maner nak dpt kwn2 mcm nie.

tahun nie xdpt buka puasa ngan bdk2 Sentulville dan bdk2 Sains Komputer, mungkin masa, kesibukan dan komitmen masing2 menyebabkan masing2 lupa nak buat jamuan berbuka puasa. tahun angin2 nak buka puasa langsung xder. tp aku kat melaka meriah gak buka puasa, antaranya


1. Ikan Bakar Crystal Bay (2 kali)
2. Kenny Rogers, Mahkota Parade
3. Western Highway, Padang Temu
4. Ayam Golek Barkat, Pantai Puteri
5. Hotel Kings, Ayer Keroh
6. Hotel Ancasa, MITC
6. Pizza Mania, Aeon Bukit Raja

dan selebihnya bazzar ramadhan. pergi sampai 2 bazzar satu hari. jln2 smp xtahu nak beli aper. last2 gie beli KFC je. pusing2 cuci mata je. mengisi masa lapang sebelum berbuka. hari nie last berbuka dan sahur kat melaka. esok dah balik kl dan bercuti smp raya.

tp baju raya pon xbeli pon. ader org kate aku kedekut untuk diri sendiri tp mmg aku xtahu nak beli aper, mmg duit bonus ader dlm bank tue xterusik pon lagi, gaji pon dah masuk tp mcm malas je nak beli. yg penting kiter berjimat cermat duit untuk next trip. hahaha aku nak gie berjalan lagi lepas raya nie.

| Sound is My Remedy |

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau SPRM maybe ramai yg takut ngan depa nie.. nie lagi dahsyat dari gangster2 dlm KL Gangster. jgn kate kita yg biase2 nie.. pegawai kerjaan hingga ke pihak berkuasa pon bleh takot klu kena panggil ngan SPRM.

nie aku gie pejabat SPRM kat Melaka pon bleh menimbulkan mcm2 kontroversi. jgn kate kwn2 sekerja je smp bos2 pon bleh kecut la. tp aku pergi SPRM bkn sbb kena soal siasat atau bagi maklumat tp atas urusan kerja je.. tp aku xminat nak bincang tentang SPRM kat Malaysia nie. siape beri dan ambil rasuah pandai2 la fikir sendiri. xkaya pon buat benda2 nie.

bulan ramadhan telah pon tiba, kali nie aku akan bersahur dan berbuka puasa ngan house mate aku yg baru: hamdan supid (bleh cari kat fb) klu tahun lepas aku byk habiskan masa bulan ramadhan ngan sudiman tp die dah kerja kat johor. si supid nie bdk ofis aku.

mcm biase la dugaan mesti byk kat ofis aku.. masuk hari ke-3 pasukan2 xberpuasa telah memulakan tugas masing2 untuk mendapatkan makanan. tp tahun lebih baik dr tahun lepas. makin ramai yg berpuasa. so aku harap2 depa semua yg xberpuasa dpt berubah tahun nie. so kita harap2 kan la. so selamat menyambut bulan ramadhan kepada kawan2 dan selamat menunaikan ibadah puasa.

| Let's Take The Whole World On A Ride |

salah satu sekolah yg terima netbook di Melaka ialah SMK Ghaffar Baba, Masjid Tanah. lepas abis pemberian netbook, aku sempat pusing2 sekolah dan aku telah menjumpai mark aku kat sekolah tue.

perghh setelah 10 tahun pon masih ader lagi contengan aku kat pondok kat sekolah. bangga beb! nie tinggalan sejarah. harap2 diorng xpadam atau cat balik. hahaha

| One Day Shuffel, Two Days Shuffel |

ketika masih sibuk dalam program memberi netbook percuma di seluruh negeri melaka. tiba2 lak kena gie teambuilding. semua staff diwajibkan pergi lak. penat netbook pon abis lagi. ingat ofis nak bw gie bercuti, nie kena masuk hutan lak. dulu dah kena gie teambuilding kat taman herba pagoh, nie lak kat taman hutan lagenda taman negara johor, kat sagil. dekat ngan air terjun sagil.

aktiviti penuh je dari kul 5.50 pagi hingga 12.30 malam. perghh penat giler. mcm2 aktiviti permainan dan riadah dr night walk, berjalan 8km sehingga aktiviti berkumpulan. oohh ader gak sesi lakonan dan poco2. yg bujang sehingga yg dah kawen, semua dah lupa diri bile poco2.

mula2 dulu bdk2 nie semua xnak gie teambuilding nie sbb ingat mcm kem membasuh otak, tp nasib baik aktiviti nya dah serius dan menghiburkan. klu xdah lame bdk2 nie cabut balik. tp bile dah smp ras2nye xkan ader sorang pon berani balik sbb resort btol2 dlm hutan yg xder jln2 raye, seperti terputus dgn dunia luar. yg penting semua org happy kat sana. next time kitaorg nak bonus.

| The Lazy Day |

10,700 unit netbook yang dikenali sebagai M-Book telah dan akan di edarkan diseluruh melaka oleh syarikat aku. dengan kerjasama SKMM, PPD dan Japerun, kini aku sibuk dalam majlis2 penyerahan netbook nie.

dah 2 minggu aku xduk ofis, asyik gie sekolah atau japerun je. penat btol bulan nie. asyik balik lambat jee. bkn sekadar serah je. nak ambil serial number, check borang, beri broadband prepaid percuma lagi. check borang balik. klua der masalah nak kena cari bdk2 tue balik. adoiyaa.. ingat nak dpt barang percuma senang ker...

tp seronok buat benda2 nie. sekurang2 nye xder la asyik duk kat meja ofis je.. nie jap lagi nak sambung lagi. 2 minggu tanpa henti lagi. ari2 makan kat kantin sekolah. best gak, makanan murah2. hahahaha

| Update: Zairulhisyam bin Zakaria |

mlm td sedang aku ngok movie fast five, aku dpt panggilan dr kril memaklumkan aku bahawa che on atau Zairulhisyam bin Zakaria telah mengalami kemalangan jalan raya bersama ER-6 di Jalan Mahameru berpunca kesalahan penungang motor lain.

time kril aku tue di ckp ngah tunggu che on abis operation sbb kaki kiri dia patah. mmg terkejut abis aku time tue. so bro, cpt2 la sembuh2 supaya kita bleh repeat snooker lagi.

| Tiz Happen In Phuket |

akhirnya berjaya gak aku gie phuket, setelah bermcm masalah timbul sebelum nak gie phuket nie. walaupon hanya 4 org iaitu khairil, reeza dan bond je join tp xmematahkan semangat kitaorg nak ke sana.

dengan menaiki myvi WNC 9461 dari kl terus ke phuket. hanya 990km sahaja! Sentulville-Taiping-Bukit Kayu Hitam-Krabi-Phuket. jika sesiape rase nak buat perkara bodo mcm kitaorg ngan memandu, disarankan jgn la buat. pasti anda menyesal kepenatan yg amat sgt.

nak masuk thailand je dah kena bayar RM2 upah tulis dan RM2 tuk chop passport. mmg buat duit btol pegawai imigresen thailand, tue blum kena paw ngan polis thailand lagi. makan teh! RM50.

smp je kat phuket kitaorg cr hotel tuk check in, at last kitaorg pilih Le Tong Beach Hotel kat Patong Beach kerana harga semalam hanya RM100 je. lepas tue aku terus booking tour ke Phi Phi Island tuk aktiviti esok. RM115 seorg termasuk pengangkutan dr hotel ke ferry dengan welcome drink+unlimited drink dlm boat+lunch. dan aktivit start kul 8.00 pg sehingga 4.00 ptg. kira okey la. sbb rata2 aku dgr dr org lain RM100.

petang tue kitaorg just rehat kat hotel dan mandi kat swimming pool hotel je. then kul 8.00 malam start berjalan kaki kearah Patong Beach tuk cari makan malam. then dekat 2 jam jalan2 kitaorg akhirnya jumpa Kesuma Restaurant, kedai makanan Malaysia-Thailand dan lebih seronoknya kat situ ckp melayu. perghh senang giler nak order makan. mmg buat cam kat malaysia la.

lepas makan kitaorg smbung jalan2 kat patong beach sbb nak mkn pancake lak. sbb mendapat rate yg tinggi dr blogger2 malaysia yg pergi ke phuket. sbb benda nie bleh byk didapati kat situ.
antara pilihan menu ialah pankek banana wit caramel, banana wit choco, manggo wit nutella tp harga RM5-6 sehidangan. mlm tue kitaorg abiskan masa dengan makan pancake dan minum kat tepi pantai je. byk night club dan rumah urut sepanjang Patong beach tue.

sok pg2 van tour dah dtg ambil kitaorg nak bawa ke Phi Phi Island. antara aktiviti spanjang tour ialah melawat Maya Beach iaitu lokasi pengambaran filem The Beach lakonan Leonardo DiCaprio. then melawat Monkey Island dan acara snookeling selama 1 jam dan lunch kat sebuah pulau yang aku dah lupa nama. makan secara buffet dan melepak kat pulau tue selama 1jam 30minit. then acara terakhir ialah ke Phi Phi Island iaitu pulau kecil.

then balik ke hotel, aku ngan angah sambung mandi kat swimming pool lagi. kril ngan bond dah kepenatan terus tido. then acara berehat sebelum nak kuar makan. mlm tue gie balik kedai semalam sbb nak order lobster. then lepas mkn acara yg sama ialah lepak kat Patong Beach sambil mkn pancake lagi dan cuci mata ngok org lalu lalang kat situ.

tp kedai2 barang kat patong dah mcm petaling street je. dah la penuh dengan pekerja nepal dan laos, depa mahir dlm byk bahasa, thai, malayu, cina dan ntah la bahasa ape lg yg diorg tahu. semua mmg cekik darah punya kedai. kril nak beli replika pistol tp akhir nya beli pisau mcm cerita naruto bentuk bintang RM70 je.

hari ke3 di phuket ialah acara check out dan pulang ke malaysia. dan xsabar2 nak pulang sbb duk lame2 kat sini pon asyik abis duit je. semua benda guna duit. nak duk atas kerusi je perlukan RM15. harga barang2 dan mkn minum macam lagi mahal kat malaysia je. yg pasti aku dah smp ke phuket. dan next year kena rancang trip lagi. huhuhuhu