| Dude, Where's My Car? |

mula2 friendster pastu blog dan sekarang facebook. tp sekarang semua org dah ketagih fb smp 24 jam nak ber'fb'. kini dah ade fb mobile. lagi la, kejap2 nak update status. aku pon dah x update blog akibat sekarang balik awal kerja. pastu ckp esok2 la update. dah smp sebulan br nak ingat.

pic kat bawah nie kat carl's sunway piramid. first time aku makan, giler mahal. xtahu la korang yg kaya nie dah biase makan. tp bg aku mmg mahal la tue burger sebiji nie yg xseberape besar nie.

dlm mase 2 bulan nie dpt gak aku ngan buchuk spend ngok movie Iron Man 2, Prince of Persia dan Day and Knight. nanti xder la die ckp akulah boyfriend yg paling bosan di dunia. balik2 dating kat kedai makan. hehehhehe

bulan lepas firdaus nawama kawen. deminya aku ambil cuti dari ari khamis tue menghadiri majlis nikah, doa selamat, kawen. aku jd driver die, dpt la aku bw wish. poyo mcm keta sendiri.

bile aku ngok video pre-wedding diorg kat fb, mcm nak juga ader majlis kawen mcm diorg tp modal nya sgt tinggi. nak bayr LyndaRahim je dah xmampu. maybe klu ader sponsor bleh kot. hahahha insyallah klu mampu...

| Sorry Madam Susanti |

khas untuk sue:
mungkin ko dah baca pasal post aku sebelum nie, kenape aku xdapat hadir majlis ko. nie semua salah bond, die paksa aku ikot die ke Kelantan. aku terpaksa. aku minta maaf byk2, jgnlak nanti aku nye majlis ko xnak datang la. xbaik dendam2 tau. heeehehe sorry2.

tp aku mmg benci korang semua sbb senang2 je korang kawen. aku gak masih single tp.... hehheh3 tahniah korang. aku cuba datang setiap majlis yg korang jemput tp klu aku ader hal lain maybe xdpt dtg la.

tahniah buat zuriati razak aka kecik. classmate aku.

tahniah kepada siti hafiza abu bakar. officemate aku.

tahniah korang semua. so harap sesiape yg xkawen lagi jgn lupa jemput aku dtg majlis korang. dan yg aku xhadiri pulak jgn la kecil hati lak. sorry sgt2.

| Tour de' Kelantan 2010 |

akhirnya aku berjaya menjejaki kaki ke kelantan. satu2 negeri disemenajung malaysia yg aku xpernah pergi selama 25 tahun aku hidup. hanya dengan merancang secara main2 akhirnya menjadi kenyataan.

17 april 2010. kul 12.30 tengah malam. dengan menaiki sebuah kenderaan mpv - grand lavina milik abg ipar khairul faizi aka bond, rombongan yang disertai ahmad zaid, khairil, firdaus nawama, aku dan bond telah bertolak dari sentulville.

perjalanan yg jauh walaupun kuala lumpur - kota bahru hanya 450 km tetapi tiade highway telah menyebabkan perjalanan selama 7 jam dan tiba di kota bahru pada 7.30 pagi. benda pertama ialah sarapan dulu. menu aku pagi tue nasi gulai ayam kampung. huhuhu.. then col tuan rumah homestay teratai di jalan tembak. nak check in dl. dah penat sgt. bontot pun dah kebas dul lame2.

tiba kat homestay then tido. ader air-con lak tue semua bilik. menyedapkan lagi sesi tido pagi. perghhh.. bahaya tido lame2 kang rugi lak mase kat sini. siap2 nak gie makan tengahari dl. lapar2.. then kawan bond datang jemput, bw gie makan kat restauren nasi ulam - cikgu cawangan muzium kelantan. punye la ramai kat kedai nie. aku xtahu ape yg special tp aku angkat je semua lauk. okey gak lauk2. yg penting 6 org mkn RM45.

dah kenyang, apelagi gie berjalan la. gie pengkalan kubor. otw nampak patung budha besar kat area tumpat kot. besar mcm patung digi kat batu cave. kat pengkalan kubor xde ape2 menarik. hampa... tp perjalanan mesti diteruskan, pergi ke rantau panjang. perghh meriah siot mcm padang besar. jersey menjadi pilihan. world cup nak dekat.

hari pon nak magrib, balik umah dulu la mandi2 dan perut pon dah lapar. cr kedai mkn. jmp kedai nasi kukus zaemah kat sekitar muzium perang. mmg menjilat jari la nasi kukus makcik nie. kuah ngan ayam goreng yg sedap. siap tambah lagi. makan puas2. bkn selalu dpt peluang dtg sini pon.

dah kenyang, sesi berjalan diteruskan. kali nie ke wakaf che yah yg sungguh popular tue. ape ader ek? rupa2 pasar malam yg sgt panjang dan sesuai untuk kaum2 ibu membeli belah. tp ade gak aku beli iaitu toto tuk mama, mama kte klu harga bawah RM30 bleh la. aku nampak harga RM26, ape lagi terus beli la.

berjalan pun penat gak. so kedai minum kena cari. so bond ajak lepak pantai cahaya bulan. pekena air botol soda best gak. kena angin laut. masing2 dah layu je.. baik balik tido lebih baik. klu ader awek xpe gak. hehehhe

tengah hari dah check out. masa untuk pulang. tp kali nie lalu terengganu. nak beli keropok skit. ntah kali nie aku xtahu mcm maner perjalanan sbb aku asyik tido je. penat2. aku sedar dah smp kedai jual keropok. aku sedar kat kawasan petronas. yg ader api besar tue. sedar lagi dah sampai kedai makan. lapar2.. makan puas2, budjet byk lagi nie.

akhirnya tiba di sentulville kul 1.30 pagi. wah penatnya. lagi 4 jam aku nak gerak balik melaka. wahh bosannye. nak keja. yg penting semua selamat. alhamdulillah.

| The Land Before Time |

mama ckp klu ade org meninggal dunia, kite kena hebah2 kan. sama la mcm kahwin, kena la hebah2kan sebab nak semua org tahu yg kite dah kawen. jgn la nanti bw anak dara org kehulu- hilir tp nanti org xtahu kite dah kawen. ape maksud mama sebenarnya?

musim cuti sekolah dah tiba, bermaksud musim perkahwinan dah tiba. tiap2 minggu ader jemputan perkahwinan. mama ckp asyik2 ko nie dpt jemputan kawen. xabis2 ke kawan ko nak kawen nie. marah nampak mama aku nie... anak die bile lagi kot?.. hohohooho

yang sempat aku dtg, aku dtg tp yg aku gagal hadiri, aku minta maaf byk2 sbb bkn sengaja tp ader urusan lain yg aku kena buat. pic pengantin baju merah tue member, Hafiz Nordin. die kawen ngan classmate die. tp muka susah gak nak senyum, klu senyum pun senget. aku pon xtahu kenape. pengapit laki tue Taufik Hidatul ala si Tepet kwn aku gak. mungkin ambil berkat sebelum nak kawen nanti.

seorg lagi nie, Susanti Samad http://suezensays.blogspot.com/, classmate aku dl pon dah kawen gak. tahniah sue. makin berseri2 la hidup kamu tue. jgn asyik masak western je, nanti laki kamu bosan lak. hehhehhe saje je nasihat. jgn mare ye.. xlupa gak si Mazri Maskrun yg dah kawen ari tue. tahniah bah. semua classmate aku dah kawen, officemate aku pon semua dah kawen. oh tidak!

nasib baik ade si kimi nie, sepupu aku yg terbaru. asyik nangis je. xbleh nak letak. mampos aku nak dukung.. xpe la biar la semua org dah kawen. nanti bile turn aku lak, jgn lak korang xdtg. bw la anak2 ko nanti. huhuuhu. kena tanye buchuk, bile nak kawen.

at last, geng aku kat sentul dpt gak berkumpul, dah lame kitaorg xjmp. nie la kwn2 aku dr tadika. masing2 dah ader kerjaya masing2 susah nak berkumpul. asal berjumpa pasti xcukup member. masa makin berlalu, semua dah x mcm dl lagi. adakah aku dah ready untuk tanggungjawab seterusnya?

| Matter of Time |

Allah swt telah memberi kita 24 jam setiap hari kepada setiap manusia. xder pun yg dapat lebih atau kurang. so kita kena manfaatnya dengan sebaik2nya. tp kite selalu lupa. bile kite dah sampai satu titik blank............. ingatlah siape yg kite lupa.

Look Out Point, Hulu Langat - Ampang, menjadi destinasi perbincangan Tour de' Klantan yang akan diadakan pada 17-18 April 2010. minum petang sambil menikmati keindahan view KL dari bukit yg aku xdpt pastikan namanya. sambil menikmati hot choc dan bolognese spagetti. pergghh terangkat woo...

satu lagi perbincangan @ table talk antara aku, che-on, zaid, kril dan bond diadakan di SS2- Murni. menikmati makanan roti daging dan i luv u (sejenis minuman soda bercampur ngan nata d'coco). dulu tmpt nie memiliki lebih 200 meja mkn tetapi undang2 MPAJ telah menghadkan 10 meja dikaki 5 kedai. klu x, dpt ngok sepanjang2 kaki 5, semua org mkn roti daging. pergghh kaya wooo.


yg baju hitam tue, Rafizal Adham bos department aku dan sebelah tue Nurlmey, juruteknik kanan department aku. menikmati makan tengahari di pizza dengan rakus akibat tidak bersarapan pg tue. sebenarnya kiteorg lari dari event office aku anjurkan. saje je malas nak join. klu CEO aku baca post. aku minta maaf byk2. jemput makan. hehhehe

| Salam 1Malaysia |

muka gembira? penat? tension? anda tentukan.

| Gegar 1 Malaysia di Dataran Klebang, Melaka |

42 jam tanpa tidur dan mandi. berperang untuk menyediakan 2 buah LED TV untuk Majlis Pelancaran Program 1Malaysia Bersama Rakyat Negeri Melaka pada 4 Februari 2010.


bermula pada hari selasa ptg, YAB Ketua Menteri Melaka meminta supaya syarikat untuk menyediakan LED TV. dan hanya pada rabu tengahari comfirmation telah dilakukan. aku mmg suka kerja2 last minit nie.

jgn lupa, event nie di rasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia dan akan disiarkan secara langsung mlm tue. sempat ker? bkn kecil tv tue. bapak besar gajah lak. tp dengan ke"Expert"an team kitaorg dgn keja2 last minit nie, alhamdullilah kerja kami berjaya disiapkan pada 7.30 pm. sejam sebelum majlis bermula.

budak2 nie dah berkulit hitam dan smp dah xkisah duk tengah panas. mmg enjoy kerja mcm nie. walaupon bergado ngan sub cont. dan tidak dilupakan Pengarah ...... (rahsia)..... kot. mmg mangkok org tue, time site visit minta kebenaran letak tv, die bg je pastu time ngah pasang bleh lak die suro alih. ingat abah die pasang, senang2 nak alih. bos aku maki je mangkok tue.

yg penting semua benda mlm tue berjalan lancar dan kami mendapat kepujian. best2 bangga. tp ape2 hal aku nak minta maaf kat sesiape yg aku maki time tue, biase la duk tengah panas, badan dah panas, hati lagi panas. pantang naik suare mmg masing kena sembur. so sorry ek'

| Welcome 2010 |

selamat tahun baru 2010 dan kini azam baru lak. azam tahun lepas mcm maner ek? mcm same je tp ader gak yg tercapai. hehehehe biase la semangat bulan januari je. pastu abaikan je.

hidup xkan lari ngan masalah dan kesilapan. semoga tahun ini aku dapat tempuhi dengan tabah. selagi kita ingat pada Ilahi, pasti jalan kita akan mudah. mama ckp, klu kita ingat Allah s.w.t pasti semua benda yg kita buat diredai.

first time dlm sejarah hidup aku gie celebrate new year kat luar. selam nie aku ngok bunga api dr blakang umah aku kat Sentulville je. tp tahun nie, muiz and family dtg melaka. aku pon xtahu bunga api kat mane. tp nasib baik member aku msg kate ader bunga api kat Eye On Malaysia.

bw la diorg ngok dan selepas tue pekena asam pedas claypot kat Kota Laksamana. perghh terangkat mlm tue. eok aku bw diorg gie jln2 kat bandar hilir dan mlm tue mkn ikan bakar kat umbai. mkn2 je. klu korang dtg melaka. aku bleh janjikan tempat mkn je. klu nak cr tempat bersejarah.. sorry aku xtahu walaupon umah sewa aku dekat je ngan Perigi Hang Tuah.

cuti tie sempat dating ngan buchuk tp kaki die sakit. yg pelik luka kat kaki die dah 2minggu xkering2. check doc xder penyakit dan paling penting xder kuman dan kencing manis. tp yg buchuk asyik fikir, mlm die kena luka tue buchuk ader mimpi kena gigit lipan. korang tahu maksudnye? bile aku tanye org, depa ckp ader org nak tikam blakang. ader org dengki ngan buchuk ker? yg penting semoga buchuk cpt sembuh.

semoga tahun baru 2010 membawa kebahagian kepada semua org. Selamat Tahun Baru 2010

| Khairil Adzhar & Norlisa Wedding |

Selamat Pengantin Baru Khairil & Norlisa pada 26-27 Disember 2009. salah seorg ex-school mate, ex-house mate dan office mate. hilang lagi seorg lelaki2 bujang di Melaka.

ape2 hal semua org telah menemui jodoh masing2. ingat umur kite makin meningkat, dan kite xtahu berape lame kite hidup lg. so jgn asyik enjoy je. simpan duit tuk mase depan.

bak kate krel selepas seminggu kahwin. "best woo dpt kahwin" hohooho so jg isteri baik2 dan dapatkan anak2 yg chomel.

| Dak' Emy Engagement |

mengikut susunan sepupu aku, dak' emy paling tua iaitu 4 bulan awal dr aku. die anak maklong aku dlm keluarga mak aku. tahniah Noremy Juliana dan pasangan yg telah bertunang pada 26 Disember 2009.

gambar nie telah di post di FB dan telah mencentuskan kontroversi dikalangan rakan pejabat yg menyangka aku telah bertunang. hehehhe. byk ucapan tahniah aku terima. so sesiape yg tertipu dgn gimik ni, aku minta maaf byk2. mampus aku kena bunoh ngan buchok klu aku bertunang ngan org lain.

pic sepupu2 aku yg menunggu giliran utk bertunang. aku tanye diorg kenape dtg umah nie, diorg ckp xtahu. mama kate dtg umah maklong sbb semua org ader... aper diorg tahu.. yg penting bleh berkumpul dan main...

tp ingat selagi abg xbertunang, korang xbleh langkah bendul. hahahha.. lagi 3 tahun lg kot..