| Salam 1Malaysia |

muka gembira? penat? tension? anda tentukan.

| Gegar 1 Malaysia di Dataran Klebang, Melaka |

42 jam tanpa tidur dan mandi. berperang untuk menyediakan 2 buah LED TV untuk Majlis Pelancaran Program 1Malaysia Bersama Rakyat Negeri Melaka pada 4 Februari 2010.


bermula pada hari selasa ptg, YAB Ketua Menteri Melaka meminta supaya syarikat untuk menyediakan LED TV. dan hanya pada rabu tengahari comfirmation telah dilakukan. aku mmg suka kerja2 last minit nie.

jgn lupa, event nie di rasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia dan akan disiarkan secara langsung mlm tue. sempat ker? bkn kecil tv tue. bapak besar gajah lak. tp dengan ke"Expert"an team kitaorg dgn keja2 last minit nie, alhamdullilah kerja kami berjaya disiapkan pada 7.30 pm. sejam sebelum majlis bermula.

budak2 nie dah berkulit hitam dan smp dah xkisah duk tengah panas. mmg enjoy kerja mcm nie. walaupon bergado ngan sub cont. dan tidak dilupakan Pengarah ...... (rahsia)..... kot. mmg mangkok org tue, time site visit minta kebenaran letak tv, die bg je pastu time ngah pasang bleh lak die suro alih. ingat abah die pasang, senang2 nak alih. bos aku maki je mangkok tue.

yg penting semua benda mlm tue berjalan lancar dan kami mendapat kepujian. best2 bangga. tp ape2 hal aku nak minta maaf kat sesiape yg aku maki time tue, biase la duk tengah panas, badan dah panas, hati lagi panas. pantang naik suare mmg masing kena sembur. so sorry ek'

| Welcome 2010 |

selamat tahun baru 2010 dan kini azam baru lak. azam tahun lepas mcm maner ek? mcm same je tp ader gak yg tercapai. hehehehe biase la semangat bulan januari je. pastu abaikan je.

hidup xkan lari ngan masalah dan kesilapan. semoga tahun ini aku dapat tempuhi dengan tabah. selagi kita ingat pada Ilahi, pasti jalan kita akan mudah. mama ckp, klu kita ingat Allah s.w.t pasti semua benda yg kita buat diredai.

first time dlm sejarah hidup aku gie celebrate new year kat luar. selam nie aku ngok bunga api dr blakang umah aku kat Sentulville je. tp tahun nie, muiz and family dtg melaka. aku pon xtahu bunga api kat mane. tp nasib baik member aku msg kate ader bunga api kat Eye On Malaysia.

bw la diorg ngok dan selepas tue pekena asam pedas claypot kat Kota Laksamana. perghh terangkat mlm tue. eok aku bw diorg gie jln2 kat bandar hilir dan mlm tue mkn ikan bakar kat umbai. mkn2 je. klu korang dtg melaka. aku bleh janjikan tempat mkn je. klu nak cr tempat bersejarah.. sorry aku xtahu walaupon umah sewa aku dekat je ngan Perigi Hang Tuah.

cuti tie sempat dating ngan buchuk tp kaki die sakit. yg pelik luka kat kaki die dah 2minggu xkering2. check doc xder penyakit dan paling penting xder kuman dan kencing manis. tp yg buchuk asyik fikir, mlm die kena luka tue buchuk ader mimpi kena gigit lipan. korang tahu maksudnye? bile aku tanye org, depa ckp ader org nak tikam blakang. ader org dengki ngan buchuk ker? yg penting semoga buchuk cpt sembuh.

semoga tahun baru 2010 membawa kebahagian kepada semua org. Selamat Tahun Baru 2010

| Khairil Adzhar & Norlisa Wedding |

Selamat Pengantin Baru Khairil & Norlisa pada 26-27 Disember 2009. salah seorg ex-school mate, ex-house mate dan office mate. hilang lagi seorg lelaki2 bujang di Melaka.

ape2 hal semua org telah menemui jodoh masing2. ingat umur kite makin meningkat, dan kite xtahu berape lame kite hidup lg. so jgn asyik enjoy je. simpan duit tuk mase depan.

bak kate krel selepas seminggu kahwin. "best woo dpt kahwin" hohooho so jg isteri baik2 dan dapatkan anak2 yg chomel.

| Dak' Emy Engagement |

mengikut susunan sepupu aku, dak' emy paling tua iaitu 4 bulan awal dr aku. die anak maklong aku dlm keluarga mak aku. tahniah Noremy Juliana dan pasangan yg telah bertunang pada 26 Disember 2009.

gambar nie telah di post di FB dan telah mencentuskan kontroversi dikalangan rakan pejabat yg menyangka aku telah bertunang. hehehhe. byk ucapan tahniah aku terima. so sesiape yg tertipu dgn gimik ni, aku minta maaf byk2. mampus aku kena bunoh ngan buchok klu aku bertunang ngan org lain.

pic sepupu2 aku yg menunggu giliran utk bertunang. aku tanye diorg kenape dtg umah nie, diorg ckp xtahu. mama kate dtg umah maklong sbb semua org ader... aper diorg tahu.. yg penting bleh berkumpul dan main...

tp ingat selagi abg xbertunang, korang xbleh langkah bendul. hahahha.. lagi 3 tahun lg kot..

| Penang Strike Back |

bercuti kembali ke utara, baru bulan 7 ari tue gie penang. kali nie aku join muiz dan abgnye tuk ke majlis perkahwinan office mate public bank die kat arau. sambil gie majlis perkahwinan bleh gak jln2 sekali.

gerak pada ari sabtu pd kul 4.00 am, walaupon aku baru sampai dr melaka kul 8.00 mlm tue. tiba di pulau pinang pada kul 8.00 am, terus roger khairol untuk menjadi tour guide. antara tempat yang dituju ialah Pasar Karat, Rumah P.Ramlee, Bukit Bendera, Hard Rock Cafe Penang, Padang Kota, Pesta Pulau Pinang. yang tidak akan dilepaskan, nasi kandar, mee goreng sotong, ice blanded dan sotong goreng KFC. mlm tue gerak dr penang untuk ke arau sbb kat sana dah ader umah yg disediakan. rumah teres beb, tuk kami tiga...

acara yang paling menarik ialah anda berada 35km dari padang besar. 2 kali tue pergi padang besar. bershopping jersey kat sana. semurah RM25 tuk gred A. sempat cari char kew teay kat kangar. mlm ahad tue majlis perkhawinan kat dewan mp arau. perkahwinan serentak 3 beradik. majlis tue turut disertai raja muda perlis.

hari isnin, kami dijemput ke rumah pengantin lelaki kat kodiang, ader jamuan mkn tengah hari. mmg best la mkn kat blakang umah dengan pemandangan sawah padi. dan sempat juga kami berjaya memancing 2 ekor ikan puyu. dahsyat2.. mlm tue terus gerak pulang ke KL dan tiba pada kul 2.00 am. mmg enjoy dan penuh ngan aktiviti dan aku berjaya menaikkan berat muiz sebanyak 3 kilo. hahahhaha

| 25th Birthday |

aku dah post pic2 nie dlm facebook. akhirnya aku menerima kecaman hebat dari pelbagai pihak yg anti-man united. rupe2 terlalu ramai kawan2 yg dengki dan cemburu ngan kegemilangan manchester united. hehehehe

nie time aku ngan buchuk kuar tuk celebrate birtday aku yg ke 25. dari pg dah kuar gie jln2. mkn pizza di melaka mall, mee bandung dan murtabak singapore di muar, yong tau fu di pantai puteri. dan sempat naik river cruise di sungai melaka. buchuk sgt happy sebab asyik mkn2 je. then kami dah bertambah chomel akibat tabiat ini. heehehhe
kini aku dah jarang bw buchuk jln2 sbb weekdays aku bz kerja dan weekend dah balik kl. nanti aku dpt sms2 maut dr buchuk. mmg kitaorg selalu gado dan paling aku geram bile mlm je mcm maut giler ayat buchuk tp sok pg die col, mcm xder ape2 pon berlaku mlm td. perghh geram giler aku.

buchuk ngah apply guru sandaran kat muar. die mmg nak sgt jd cikgu selama nie. so aku doakan die berjaya dpt kerja yg diimpikan. so ramai2 kite doakan ye.

minggu nie xjmp lg buchuk, weekend nak gie arau. mampos aku kena maki nanti ,xpun buchuk buat bodo ngan aku seminggu. hehehehhe oleh itu ingat, yang anda sudah ader awek, so jaga la sebaik mungkin. bile dah hilang baru nak menyesal. hahahhaha ayat untuk zam nie. jgn mare zam.

sekarang tinggal aku ngan sudiman je yg masih berstatus bujang di Melaka. yg lain dah kahwin dan akan berkahwin bulan 12 nie. dan xlupa kepada Mohd Zachry Ishak, selamat pengantin baru. lepas nie ko dtg kerja lagi lambat dari seneng. hehehhe

| Out For Three Month |

betul ker aku bz? bz kerja or bz lepas waktu kerja? or buat2 bz? kite xbleh menilai diri kite, hanya mereka yg bleh menilai diri kite. tp mmg penat kebelakangan nie. tp aku masih bleh tersenyum seperti gambar kat dibawah. nie time aku gie umah eriq untuk lunch pd pukul 4.30 ptg setelah berjaya melarikan diri dr CEO aku.

xbest langsung bile aku dah plan nak main ps3 ngan eriq, tibe2 time tue lak yg bz. ptg tue smbg meeting lagi. aku xsuka masuk meeting. bosan!!! masa untuk aku melarikan diri time kerja makin susah, dl bleh je, aku hilang2. kini baru je niat nak hilang, dpt msg... jumpa sy sekarang dr CEO aku.

bile dah sibuk, balik kerja lambat. makan lambat dan terus tido. aku xsedar lak, lepas raya nie... pakaian aku dah mengecil. MENGECIL dan bukan aku MEMBESAR. ah lupakan saja pasal saiz. yg penting aku cukup makan. hahahahhaha..

baru2 nie paklang aku ( adik papa) masuk IJN, operation akibat jangkitan kuman di jantung. dah masuk 4 minggu, tp masik blum sembuh dan sedarkan diri lagi. tiap2 minggu aku balik kl, tuk melawat die. tp kini papa cakap peluang sgt tipis. kite doakan same2. amin.

oh ye, aku baru beli kasut futsal, buchuk yg pilih. cantik x? sila rujuk gambar dibawah. beli kat al-ikhsan dataran pahlawan. bulan lepas dpt gak aku main tiap2 minggu. kena aktif kembali, jika tidak aku kena beli seluar jeans baru. hehehhehehe

dalam kesibukan ini, jgn la kite lupa kawan2. aku skrg dah xder mase nak lepak2 smp mlm2. rase dah cepat mengantok. sorry gengs. tp sempat gak aku jenguk2 korang kat kl walaupon kejap. hope korang faham.

kawan2 kat melaka, jgn salah faham aku xnak join korang kuar makan, karaoke or merayau mane2 tp aku btol2 minta maaf sbb kadang2 time korang ajak, mmg aku penat sgt. lgpon korang semua dah nak kawen, nanti kuar cite bab kawen.. aku gak xfaham. heheheh gurau je.

dah la.. aku nak gie makan nie. dah lapar sgt. hujan dr tengahari td menyebabkan perut aku sgt lapar. asam pedas? tom yam? yong tau fu? ikan bakar? perghh macam mane nak diet nie...

| Me and Aidilfiri |

setelah bercuti selama 12 hari sempena Hari Raya Aidilfitri, sesangat la bz aku setelah masuk kerja. melambak masalah telah timbul di pejabat dan di site. xsempat update blog dan fb, tue pun curi2 mase main fb.

sempat gak sebelum raya, berbuka puase ngan budak2 sentulville. tp ramai xdpt join kat Look Out Point, Hulu Langat - Ampang. biase ramai dah ader awek nie susah skit nak join2 laki2 bujang mcm kitaorg. huhuhuhu

ape2 hal tahun raya kat KL. first time aku raye kat KL tp kul 10.30 pg dah balik Melaka. mcm biase la, aku mmg sgt bosan time raye. aku xtahu kenaper tahun mcm xbest je raya. xder ape2 menarik. xder gambar pun tiz raya.

so Selamat Hari Raya Aidilfiri, Maaf Zahir Batin kepada semua org yn membaca blog nie. walaupon hanye 10 org je mengikutinye. still happy korang sanggup membaca perkara2 merepek dlm hidup aku nie.

| Berbuka Puasa Bersama Kelas DDC/DDZ |

pukul 5.30 ptg dari tol ayer keroh dan tiba di petronas selepas tol sungai besi. bond pick up aku dr situ dan same2 bergerak ke Medan Selera Ikan Bakar berhadapan Menara UniKL. aku ngan bond tibe lewat kire 5 minit selepas waktu berbuka puasa. biasela terperangkap dlm kesesakan lalu lintas.

kena bayar RM25 seorg untuk menikmati makan secara buffet disitu. aku rase nie dah masuk tahun ke 3 buka puasa aka reunion pelajar UniKL. sebelum nie kat food court maju junction dan pavallion. dan tahun nie Mr Jeap menjadi organizer.

ramai gak ader pd ptg tue. mmg seronok berborak, setahun sekali jumpa. masing2 dah ader kerjaya. yg laki2 makin berisi dan yg perempuan makin mengancam. hehhehehe

so hope next year Majlis Berbuka Puasa nie tetap diteruskan tuk menjadi tradisi kite. xkisah lah klu dah berkahwin atau ader anak... masing2 bleh kenalkan pasangan masing2. yg jauh seperti krol pon bleh hadir. mmg aku respek semua yg hadir. forever - ever and together- gether. slogan nie krol buat dl.

sesi bergambar dr dlm restoren sehingga ke hadapan bangunan UniKL. ceh giler posing masing2. hohohoho yg penting masing2 happy.